Anda di sini

Polis berkas sembilan lagi aktivis demokrasi HK

Advertisement
 Aktivis demokrasi Yau Wai-ching (kanan) dan Baggio Leung ditemu bual media selepas pembebasan mereka dari Balai Polis Sentral di Hong Kong kelmarin. — Gambar AFP
SUDAH BEBAS: Aktivis demokrasi Yau Wai-ching (kanan) dan Baggio Leung ditemu bual media selepas pembebasan mereka dari Balai Polis Sentral di Hong Kong kelmarin. — Gambar AFP

HONG KONG: Sembilan aktivis demokrasi ditangkap di Hong Kong (HK) semalam berhubung satu protes anti-Beijing, menurut kumpulan kempen, dalam tindakan terbaharu oleh polis manakala penunjuk perasaan berkata mereka sedang ditindas.

Kebimbangan semakin meningkat bahawa kebebasan di bandar raya separa autonomi itu diancam oleh Beijing, yang menimbulkan seruan daripada beberapa aktivis bagi autonomi yang lebih atau malah pemisahan sepenuhnya dari China.

Aktivis prokemerdekaan Yau Wai-ching dan Baggio Leung ditangkap dan didakwa kelmarin kerana menyebabkan huru-hara dalam dewan perundangan selepas dilarang daripada menduduki kerusi mereka sebagai penggubal undang-undang pada tahun lepas.

Pada bulan lepas sembilan aktivis prodemokrasi – termasuk pelajar yang menunjuk perasaan dan penggubal undang-undang – didakwa kerana peranan mereka dalam perhimpunan prodemokrasi Pergerakan Payung besar-besaran pada 2014.

Siri tangkapan berlaku menjelang lawatan yang dijangka dibuat oleh Presiden China Xi Jinping untuk meraikan ulang tahun ke-20 penyerahan balik bandar raya itu oleh Britain kepada China pada 1997 pada 1 Julai.

Saya percaya polis telah bertindak untuk menangkap semua aktivis jalanan supaya mereka tidak berani me-nunjuk perasaan apabila Xi Jinping melawat nanti,” kata ketua prodemokrasi Joshua Wong kepada AFP.

Sembilan aktivis ditangkap semalam kerana penyertaan mereka dalam rapat umum pada November lalu bagi membantah keputusan China untuk campurtangan dalam perbalahan mengenai sama ada untuk membatalkan kelayakan Yau dan Baggio atau tidak, menurut pejabat parti mereka.

Protes di luar pejabat perhubungan China di Hong Kong itu menyaksikan per-gelutan apabila penunjuk perasaan menyerbu perintang dan polis menggunakan penyembur lada untuk meng-undurkan mereka.

Rapat umum itu tercetus selepas Beijing mengumumkan ia akan membuat tafsiran khas bagi perlembagaan Hong Kong untuk menentukan sama ada Yau dan Baggio harus dihalang daripada menduduki kerusi mereka selepas melancarkan protes anti-China sewaktu mengangkat sumpah.

Keputusan muktamad Beijing, dua hari selepas rapat umum itu, memastikan ke-dua-dua mereka dilarang.

Dua aktivis yang ditangkap semalam adalah anggota parti demokrasi baharu Demosisto, yang ditubuhkan oleh ketua-ketua pelajar, Wong dan Nathan Law, yang kini merupakan seorang ahli dewan perundangan.

Aktivis lain termasuk anggota parti prodemokrasi, Liga Demokrat Sosial (LSD), selain pelajar atau bekas pelajar yang menunjuk perasaan.

Tuduhan termasuk berhimpun secara haram dan menghalang pegawai polis, kata LSD.

Derek Lam dari Demosisto merupakan satu-satu-nya aktivis setakat ini yang muncul dari balai polis Barat pagi semalam, dan berkata dia didakwa atas tuduhan menghasut orang lain untuk mengganggu ketenteraman awam.

Polis tidak dapat segera mengesahkan tangkapan dan tuduhan itu.

Ia adalah ironis, menjelang ulang tahun ke-20 penyerahan Hong Kong kepada China, bahawa autonomi wilayah ini kelihatan semakin rapuh,” kata Maya Wang dari Human Rights Watch di Hong Kong.

Wang memberi amaran, pendekatan “menindas” itu boleh memakan diri, dan merujuk kepada protes besar-besaran pada 2014, didorong oleh sekatan yang dikenakan oleh Beijing ke atas pemilihan kepimpinan bebas sepenuhnya. — AFP

Advertisement