Anda di sini

Nisa Addina & Fluoroscent Collective di pentas Borneo Jazz, Mei ini

Advertisement
CAPE JAZZ BAND (CJB)
CAPE JAZZ BAND (CJB)

KUCHING: Pemain biola kelahiran Sarawak, Nisa Addina serta kumpulannya, Fluoroscent Collective akan berkongsi pentas Borneo Jazz bersama artis-artis terkemuka antarabagsa termasuk Osaka Monaurail dari Jepun dan Laila Biali dari Kanada di ParkCity Everly, Miri pada 12 hingga 13 Mei ini.

Menjadi tajuk utama pada usia muda 14 tahun, Nisa memenangi tiga anugerah emas pada Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood pada tahun 2011 dan Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 pada tahun 2015.

Nisa kemudiannya melanjutkan pelajaran di Berklee College di Amerika Syarikat, di mana beliau menyertai Fluoroscent Collective pada tahun 2015, diasaskan sekumpulan pelajar Berklee merangkumi artis pemain piano dan rakaman Malaysia yang berpangkalan di Boston, JennHwan Wong, yang dikenali sebagai Jenn-the-Redman.

Nisa telah sibuk membuat persembahan sejak 2011 termasuk di acara-acara seperti Festival Muzik Antarabangsa Johor pada tahun 2012, pelancaran Festival Filem Antarabangsa ASEAN dan Anugerah dan Pelancaran sambutan Ulang Tahun Malaysia ke-50 pada tahun 2013, dan juga Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur pada tahun 2013 dan sekali lagi di Perancis pada tahun 2014, serta Perasmian dan Penutupan SUKMA 2016 di Kuching.

Beliau turut beraksi untuk presiden, apabila membuat persembahan untuk lawatan rasmi Presiden China ke Malaysia di Seri Perdana pada 2013 dan melancarkan album pertamanya, ‘Yakina’ pada 2014 ketika berusia 17 tahun dan album keduanya, ‘Tan Sri P.Ramlee’ pada 2015.

Walaupun perjalanan Nisa bukan mudah, ia sememangnya memberi ganjaran, dan beliau mengambil inspirasi daripada mentor berbeza mengajarnya, termasuk guru piano beliau yang mendorong beliau untuk bermain biola pada usia 7 tahun, ibu bapanya dan rakan-rakan yang sama mempunyai minat mendalam dalam muzik.

Sejak memasuki kolej dan berjumpa dengan ramai orang seusia yang melakukan perkara sama seperti saya, saya mendapati diri saya menemui dunia berbeza daripada muzik yang berbeza dari zaman persekolahan.

Ia begitu indah dan saya ingin berkongsi itu,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pelancongan Sarawak.

Beliau memberitahu minatnya dalam muzik serta semangat yang ingin dikongsikan bukan hanya satu bentuk hiburan tetapi berkongsi keamanan dan kasih sayang.

Mengambil kira pencapaian-pencapaian Nisa sebelum menamatkan pengajian di Berklee, kisah hidupnya menjadi inspirasi kepada pemuzik tempatan di Sarawak dan juga di seluruh Malaysia.

Fluor-oscent Collective akan membuat persem-bahan campuran genre dari Rock ke R & B, pop ke Blues dan setiap ahli menyumbang komposisi asal sama ada ditulis secara individu atau secara berkumpulan.

Antara yang akan dipersembahkan pada Borneo Jazz adalah ‘cover’ Miles Okazaki – Spiral selain Point 7, Orang Line in Jackson dan Sunny.

Kumpulan dari Netherlands, Guadeloupe, Jepun, Africa Utara, Itali, Amerika Syarikat, Taiwan adalah antara yang akan membuat persembahan pada Borneo Jazz.

Festival itu akan meneruskan program ‘outreach’ muzikal, di mana yang beraspirasi pemuzik boleh membelajari asas Jazz Keyboard dari pemuzik profesional, dengan memperkenalkan kelas-kelas tambahan untuk peralatan muzik lain.

Festival itu turut merangkumi persembahan malam dengan duduk bersantai dan menari serta kawasan luas untuk piknik malam hari dikelilingi seni, kraf dan gerai makanan.

Tiket festival boleh didapati sekarang dan keterangan lanjut dapat diperolehi dari www.jazzborneo.com.

Borneo Jazz dianjurkan oleh Pelancongan Sarawak, diendorskan oleh Lembaga Penggalakkan Pelancongan dan disokong oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Sarawak serta mendapat kerjasama Syarikat Penerbangan Malaysia sebagai penaja.

__alt__
OSAKA MONAURAIL
OSAKA MONAURAIL
Advertisement