Anda di sini

Ibu cerita saat ngeri saksi bayi mati digantung

Advertisement
 Jiranuch Trirat (tengah) berdoa untuk bayi perempuannya yang berusia                11 bulan, Natalie, di sebuah tokong Buddha di Phuket semalam. — Gambar AFP
DOA UNTUK NATALIE: Jiranuch Trirat (tengah) berdoa untuk bayi perempuannya yang berusia 11 bulan, Natalie, di sebuah tokong Buddha di Phuket semalam. — Gambar AFP

PHUKET: Ibu bayi perem-puan Thai yang dibunuh oleh teman lelakinya dalam pembunuhan yang lelaki itu siarkan dalam Facebook Live telah menceritakan saat mengerikan dia terjumpa video tersebut dan bergegas untuk memaklumkan polis.

Pembunuhan pada malam Isnin lepas menimbulkan rasa jijik baik di Thailand mahupun seluruh dunia, dan mencetuskan perdebatan baharu mengenai apa yang dapat dibuat oleh gergasi media sosial untuk mengeluarkan dengan lebih cepat siaran jenayah ganas, pembunuhan diri dan pembunuhan.

Jiranuch Trirat, 22, dari Phuket, begitu hancur sekali selepas teman lelakinya Wuttisan Wongtalay menggantung anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun, Natalie, dari tepi sebuah bangunan yang terabai sebelum dia membunuh diri.

Dia menyiarkan pembunuhan Natalie dalam Facebook Live, satu video yang dilihat oleh Jiranuch pada petang yang sama.

Saya bersama abang saya dan dia melayari Facebook-nya,” katanya kepada AFP semalam dari sebuah tokong di Phuket di mana doa hari-an sedang diadakan untuk Natalie sebelum mayatnya dibakar Sabtu ini.

Dia melayari dan tiba-tiba kami melihat siaran secara langsung itu. Saya mema-lingkan kepala untuk melihat dan ternampak dia (Wuttisan) menjatuhkan anak saya dengan tali dan saya tidak dapat terus melihat.”

Kesedaran yang mengerikan itu bagi apa yang sedang berlaku mencetuskan usaha yang terdesak oleh saudara-mara dan anggota polis, dan mayat Wuttisan serta Natalie dijumpai hanya beberapa jam sahaja kemudian.

Video pembunuhan itu masih ada dalam Facebook selama kira-kira 24 jam, yang mendorong seruan bagi rangkaian sosial itu untuk bergerak dengan lebih pantas untuk menurunkan klip-klip pembunuhan dan jenayah yang mengerikan.

Apa yang mendorong Wuttisan untuk mengambil langkah yang begitu dahsyat masih satu misteri.

Jiranuch berkata kedua-dua mereka sering bertengkar, khususnya mengenai bekas suaminya yang me-lahirkan seorang anak lelaki bersamanya dengan nama timangan Sanook – perkataan Thai bagi keseronokan.

Dia sering mendera anak saya Sanook,” katanya.

Namun Wuttisan sentiasa baik dengan anak perempuan mereka, Natalie, tambahnya, menjaganya pada waktu siang sementara Jiranuch meng-hadiri kelas di sebuah sekolah berdekatan.

Mengenai apa yang dibuat oleh teman lelakinya, Jiranuch berkata: ‘Saya memaafkan-nya kerana menyimpan kemarahan bagi jangka yang lama tidak akan membawa balik anak perempuan saya.” — AFP

Advertisement