Anda di sini

Barangan kawalan mungkin diwujud sebelum bulan puasa: Hamzah

Advertisement
 Hamzah (tengah) dan Jainab (enam, kanan) sejurus selepas memberi penerangan kepada kakitangan di bawah kementeriannya tentang isu semasa berkaitan KPDNKK di Dewan Bangkuasi Dewan Undangan Negeri Sabah semalam. — Gambar Bernama
PENERANGAN: Hamzah (tengah) dan Jainab (enam, kanan) sejurus selepas memberi penerangan kepada kakitangan di bawah kementeriannya tentang isu semasa berkaitan KPDNKK di Dewan Bangkuasi Dewan Undangan Negeri Sabah semalam. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mungkin turut menguatkuasakan peraturan harga barangan kawalan sebelum bermulanya bulan Ramadan tahun ini, kata menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliu berkata langkah itu adalah berlainan daripada amalan sebelum ini di mana penguatkuasaan  harga barangan kawalan biasanya dibuat sebelum hari raya dan selepas hari raya.

Saya mempunyai strategi baharu tahun ini. Selalunya kita buat pada musim perayaan apabila hampir hari raya. Tetapi oleh kerana bulan puasa juga merupakan suatu (bulan) yang memerlukan barangan kawalan ini, maka saya akan membincangkan perkara ini.

Saya akan umumkan (strategi ini) sebelum puasa,”katanya kepada pemberita selepas menutup program Taklimat Isu-Isu Kepenggunaan Semasa  di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah di sini semalam.

Program yang dihadiri ahli-ahli Dewan Undangan Negeri turut hadiri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Mengenai program taklimat semalam, Hamzah berkata ia bertujuan menjelaskan pelbagai dasar yang dilaksanakan kementeriannya kepada semua pihak termasuk wakil-wakil rakyat bagi memastikan dasar itu difahami sebaik-baiknya.

Katanya pada dasarnya semua dasar yang diperkenalkan kerajaan termasuk kementeriannya ialah demi kepentingan negara dan untuk membantu, memberi keselesaan serta kemudahan kepada rakyat keseluruhannya.

Sebagai contoh, bila kita rasionalisasikan subsidi, bukan bermakna  kita nak ambil (subsidi) sebab tak cukup  wang dan sebagainya, tetapi untuk memastikan tidak ada pembaziran dan untuk membolehkan kita membangunkan infrastruktur untuk rakyat dan membantu rakyat,”katanya.

Hamzah juga menjelaskan bahawa kerajaan mempunyai formula tertentu untuk dilaksanakan apabila harga minyak di pasaran antarabangsa meningkat untuk memberi keselesaan kepada rakyat kesan kenaikan harga minyak berkenaan. — Bernama

Advertisement