Anda di sini

AS desak Korea U adakan semula dialog nuklear

Advertisement

Berikrar untuk tingkatkan sekatan ekonomi tetapi tidak berhasrat menundukkan rejim Jong-un

 Gambar tidak bertarikh serahan agensi berita rasmi Korea Utara KCNA kelmarin menunjukkan demonstrasi bedilan kereta kebal Tentera Rakyat Korea ketika meraikan ulang tahun ke-85 penubuhannya di barisan timur lapangan terbang negara itu. — Gambar AFP
TUNJUK KUASA KETENTERAAN: Gambar tidak bertarikh serahan agensi berita rasmi Korea Utara KCNA kelmarin menunjukkan demonstrasi bedilan kereta kebal Tentera Rakyat Korea ketika meraikan ulang tahun ke-85 penubuhannya di barisan timur lapangan terbang negara itu. — Gambar AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berikrar kelmarin untuk mempertingkatkan sekatan ekonomi bagi memaksa Korea Utara untuk mengadakan semula dialog mengenai program nuklearnya, tetapi berkata ia tidak mahu menundukkan rejim Kim Jong-un.

Selepas memberi taklimat kepada senator di White House, pegawai tertinggi AS berkata Presiden Donald Trump juga mahu menggunakan langkah diplomatik bersama sekutu dan rakan serantau.

Kami berhubung dengan anggota bertanggungjawab dalam masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan ke atas Korea Utara bagi meyakinkan rejim itu untuk meredakan keadaan dan kembali ke jalan dialog,” sebut satu kenyataan daripada ketua Pentagon, Jim Mattis, Setiausaha Negara Rex Tiller-son dan Pengarah Perisikan Negara Dan Coats.

Terdahulu Laksamana Harry Harris, yang menge-tuai Perintah Pasifik, meng-alu-alukan langkah baru-baru ini oleh Beijing untuk meredakan ketegangan yang semakin meruncing antara Pyongyang dan Washington, dan membayangkan penyelesaian bukan ketenteraan masih kesudahan yang menjadi pilihan.

Ia amat penting bagi kita untuk dibimbing oleh keazaman yang kuat, baik secara peribadi mahupun terbuka, baik dari segi diplomatik mahupun ketenteraan,” kata Harris di Washington.

Semua pilihan ada di atas meja. Kami mahu menyedarkan Kim Jong-un, bukan menundukkannya.”

Sewaktu majlis makan tengah hari di White House bersama duta-duta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin lepas, Trump “sangat jelas bahawa beliau akan menjadi presiden yang akan menangani” Korea Utara dan tindakan ketenteraan masih menjadi satu pilihan, kata seorang diplomat kanan.

Penasihat keselamatan negara H.R. McMaster memberitahu 15 duta yang hadir “penyelesaian ketenteraan akan digunakan walaupun mereka tidak mahu melakukannya”, kata diplomat itu.

Mesej adalah “secara ideal kita melakukan ini secara aman dan secara politik, yang bermakna menerusi China. Namun jika itu tidak berkesan, terdapat rancangan lain, iaitu menerusi AS,” kata diplomat yang enggan dikenali itu.

Dalam perkembangan ber-asingan, seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu AFP, AS sedang menimbang untuk menambah Korea Utara ke dalam senarai negara yang dianggap sebagai “negara penaja terorisme”.

Tentera AS di Korea Selatan kelmarin mula mengerahkan sistem antimisil kontroversi di Korea Selatan yang menimbulkan kemarahan China.

Sistem Pertahanan Kawa-san Altitud Tinggi Terminal (THAAD) dipasang di bekas tapak sebuah padang golf dalam daerah selatan Seongju, dan ketibaannya disambut oleh ratusan penunjuk pera-saan, dan sebahagian daripada mereka bertelingkah dengan polis.

Harris berkata sistem THAAD “akan beroperasi dalam masa beberapa hari lagi”.

China bimbang THAAD akan melemahkan keupayaan balistiknya sendiri dan berkata ia mengganggu keseimbangan keselamatan serantau.

Harris juga berkata Pentagon harus menimbang sama ada untuk memasang pemintas misil atau tidak di Hawaii, yang mungkin sebuah daripada bahagian pertama di AS dalam julat misil yang lebih baik dari Korea Utara, selain pemintas sedia ada di California dan Alaska.

Pegawai Pentagon me-negaskan kepada Trump, pilihan mudah tidak ada bagi campurtangan ketenteraan di Korea Utara.

Senator Tammy Duckworth, seorang bekas juruterbang helikopter tentera AS yang hilang kedua-dua kaki ketika berperang di Iraq, menepis apa yang beliau dan rakan-rakan dengar di taklimat White House mengenai Korea Utara.

Saya boleh mendapatkan semua maklumat itu dengan membaca akhbar,” katanya kepada CNN. “Ia rasa lebih seperti satu pertunjukan anjing dan kuda padi bagi saya berbanding perkara lain.”

Washington sudah mengerahkan satu kumpulan sera-ngan kapal pengangkut pesawat ke semenanjung Korea di tengah-tengah tanda bahawa Korea Utara mungkin sedang bersiap sedia untuk ujian nuklear keenam.

Pengerahan itu mengundang ejekan yang berleluasa selepas ia diketahui bahawa daripada belayar ke semenanjung, kapal-kapal tersebut sebenarnya menuju ke arah bertentangan selama beberapa hari untuk berlatih bersama tentera laut Australia.

Harris berkata kumpulan serangan kapal USS Carl Vinson kini berada di Laut Filipina ke timur Okinawa, “dalam julat serangan dan julat unjuran tenaga Korea Utara jika diseru untuk melakukannya”.

Dalam pertunjukan terbaharu Pyongyang bagi ke-upayaan ketenteraannya, Kim menyaksikan latihan serangan terbesar dalam sejarah negaranya sempena ulang tahun penubuhan angkatan tenteranya, kata media kerajaan kelmarin.

Seoul mengadakan latihan tahunan besarnya sendiri, melibatkan kira-kira 100 artileri, 90 kenderaan perisai dan 50 pesawat, selain 2,000 anggota tentera Korea Selatan dan AS, kata kementerian pertahanan. — AFP

Advertisement