Anda di sini

Tiga suspek disyaki lesapkan RM50,000 ditahan

Advertisement

SIBU: Tiga suspek ditahan termasuk pasangan suami isteri berhubung kes wang tunai sejumlah lebih RM50,000 yang lesap selepas tertinggal oleh mangsa di atas meja sebuah kedai kopi jam 2.15 jam petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata pihaknya menahan tiga suspek termasuk seorang lelaki dan isterinya, 38, dan seorang pekerja lelaki warga Indonesia, 33.

Semua suspek ditahan reman termasuk suami isteri dipercayai terlibat untuk membantu siasatan polis,” katanya di sini semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa yang berusia 28 tahun, seorang pengurus syarikat bersama isterinya minum bersama di sebuah kedai kopi di Jalan Pahlawan di sini.

Setelah selesai, mangsa bersama isteri beredar dari situ dan hanya menyedari bungkusan satu sampul surat mengandungi wang syarikat sejumlah RM54,350 tertinggal di kedai kopi itu.

Apabila tersedar jam 4.30 petang, mereka kemudian berpatah balik ke kedai kopi terbabit dan mendapati sampul surat yang dicari telah tiada.

Selepas mengesyaki tiga suspek terbabit, mangsa tampil membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Bertindak daripada maklumat, polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek untuk membantu siasat lanjut.

Seorang lelaki tempatan bersama lelaki warga Indonesia direman selama dua hari manakala seorang wanita direman sehari untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana disyaki mencuri di dalam bangunan.

Advertisement