Anda di sini

SMK Bandar Kuching No.1 mewakili Sarawak

Advertisement

Mewakili Sarawak ke CIPKPS Peringkat Kebangsaan selepas menangi pertandingan peringkat negeri
 

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuching No.1 akan mewakili Sarawak ke Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS) Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada Mei depan selepas memenangi pertandingan peringkat negeri semalam.

Berjaya menewaskan pasukan SMK Lopeng Tengah, Miri, pasukan SMK Bandar Kuching No.1 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan sijil pengiktirafan.

Manakala SMK Lopeng Tengah, Miri yang diumumkan naib johan membawa pulang hadiah wang tunai RM700, piala dan sijil pengiktirafan.

Pasukan SMK Kuching High yang mendapat tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala dan sijil pengiktirafan.

Tiga pasukan yang mendapat sagu hati ialah SMK St Elizabeth dan SMK Chung Hua, Sibu dan SMK Chung Hua, Miri yang masing-masing membawa pulang hadiah dan sijil pengiktirafan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Salemah Chali yang mewakili pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.

CIPKPS 2017 Peringkat Negeri telah berlangsung selama dua hari iaitu 25 dan 26 April di The RAVE YMCA Camp, Sibu anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak.

Menerusi ucapan aluannya, wakil Pengarah KPDNKK Negeri Sarawak Jamaliah Hamdin Said berkata, CIPKPS merupakan acara tahunan berbentuk pertandingan interaktif atau ‘explorace’ yang melibatkan penyertaan ahli Kelab Pengguna Sekolah di seluruh negara.

Objektif penganjuran pertandingan bertujuan mendidik, menyebar luas dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan pelajar melalui pendekatan baharu yang bersepadu.

Selain itu, ia memantapkan pelaksanaan program dan aktiviti kepenggunaan dengan fokus utama berkaitan kepenggunaan iaitu pengurusan kewangan berhemat, pemakanan sihat dan pemeliharaan alam sekitar,” jelasnya.

Menurut Jamaliah, pertandingan CIPKPS 2017 Peringkat Negeri telah disertai 124 pelajar yang mewakili 31 sekolah di Sarawak.

Zon Selatan terdiri daripada Kuching, Samarahan, Serian dan Simunjan telah diadakan pada 29 Mac di Taman Rekreasi Wisma Bapa Malaysia dengan 13 sekolah telah mengambil bahagian.

Zon Utara pula melibatkan Bintulu, Miri dan Limbang telah diadakan pada 5 April di Taman Bulatan Miri dengan tujuh sekolah telah menyertainya,” ujarnya.

Manakala, Zon Tengah yang melibatkan Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit telah diadakan pada 6 April di Taman Bukit Aup, Sibu dengan 11 sekolah telah mengambil bahagian.

Penyertaan bagi peringkat negeri yang diadakan di The RAVE YMCA Camp Sibu, melibatkan dua sekolah bagi setiap zon. Buat pertama kalinya, pertandingan peringkat negeri telah diadakan di luar Kuching,” jelasnya.

Turut hadir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Kong Chiong Hui.

  • oleh
  • Advertisement