Anda di sini

Siapa langgar dia?

Advertisement
 Mangsa  dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan di simpang pekan Selangau awal pagi semalam.
MAUT: Mangsa dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan di simpang pekan Selangau awal pagi semalam.

  Polis jejaki suspek kes langgar lari di Jalan Sibu-Bintulu pagi semalam.

SIBU: Polis menjejaki individu yang bertanggungjawab menyebabkan seorang lelaki maut dalam kejadian langgar lari di KM77 Jalan Sibu-Bintulu awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah IPD Mukah DSP Jimmy Panyau berkata kejadian berlaku berdekatan simpang masuk ke pekan Selangau pada jam 5 pagi semalam.

"Kemalangan langgar lari ini merupakan kedua berlaku di Selangau bulan ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Jimmy, mangsa dikenali Augustine Belun Kempas, 23, dikatakan berjalan kaki di tepi jalan raya apabila dilanggar sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jimmy meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut tampil ke Balai Polis Selangau.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Mukah untuk tujuan bedah siasat.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kemalangan langgar lari ini diminta tampil ke Balau Polis Selangau atau IPD Mukah atau balai-balai berdekatan untuk membantu siasatan," katanya.

Jimmy juga memohon individu terlibat dalam kes ini menyerah diri untuk membantu siasatan polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

  • oleh
  • Advertisement