Anda di sini

PERKESO S’wak fokus kepada penunggang motosikal dalam kempen kesedarannya

Advertisement

KUCHING: Pertubuhan Ke-selamatan Sosial (PERKESO) Sarawak akan memfokus kepada penunggang motosikal dalam kempen kesedaran dianjurkan agensi itu tahun ini.

Pengarahnya Philip Sangkan berkata ia berikutan kemalangan jalan raya membabitkan pencarum PERKESO di negeri ini menunjukkan peningkatan membimbangkan dari tahun ke tahun.

Kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal yang juga pencarum PERKESO di Sarawak menunjukkan peningkatan membimbangkan dari tahun ke tahun.

Berbanding kemalangan industri, ia menunjukkan trend menurun dari tahun ke tahun. Bagaimanapun tiada statistik pada saya ketika ini,  secara kasar RTA (kemala-ngan jalan raya) memper-lihatkan corak meningkat,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian dalam majlis ringkas penye-rahan pampasan kepada Tan Gek Hiang, 58,  isteri kepada pencarum yang meninggal dunia pada 27 Oktober 1994 di sini.

Menurut Philip bagi tujuan itu PERKESO Sarawak akan mengadakan Kempen Kese-lamatan Jalan Raya memfokus kepada penunggang moto-sikal bermula hari ini.

Kita mahu penunggang motosikal ini pergi dan balik dari tempat bekerja dengan selamat. Hakikatnya Kempen Keselamatan Jalan Raya bermula esok dan kami akan mengedarkan topi keledar kepada penunggang terpilih,” katanya.

Mengenai kesedaran ke-pentingan mencarum dengan PERKESO, beliau berkata ia semakin baik khususnya me-libatkan masyarakat umum namun ada segelintir majikan yang masih berdegil.

Mesej saya kepada maji-kan yang berdegil ini ialah pastikan pekerja anda didaftar dengan PERKESO supaya mereka mendapat liputan manfaat-manfaat PERKESO.

Mencarum untuk pekerja warganegara Malaysia dengan PERKESO adalah mandatori. Majikan yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 4  dan 5 Akta Keselematan Sosial Pekerja .

Jika disabit kesalahan maji-kan boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Philip berkata untuk bahagian Kuching sahaja bagi tempoh tiga bulan tahun ini (Januari hingga Mac), PERKESO telah menyele-saikan 818 kes tuntutan manfaat melibatkan bayaran keseluruhan RM2.75 juta.

Beliau berkata daripada jumlah itu 502 merupakan kes hilang upaya sementara melibatkan bayaran RM599,036.47, hilang upaya kekal (Pukal) 67 kes (RM891,908.12), empat kes hilang upaya kekal (pukal dan berkala) melibatkan bayaran RM125,209.42.

Selain itu 11 kes faedah orang tanggungan melibatkan bayaran berjumlah RM32,632.68, ilat 48 kes (RM132,180.43), penakat 64 kes (RM130,528.48) dan faedah orang tanggungan 122 kes (RM164,000).

Advertisement