Anda di sini

Peralatan THAAD tiba di Korea Selatan

Advertisement
 Sebuah kenderaan tentera AS yang membawa sebahagian sistem THAAD tiba di Seongju, semalam di mana tunjuk perasaan membantahnya dikawal ketat polis. — Gambar Reuters
DICURIGAI: Sebuah kenderaan tentera AS yang membawa sebahagian sistem THAAD tiba di Seongju, semalam di mana tunjuk perasaan membantahnya dikawal ketat polis. — Gambar Reuters

Sistem pertahanan misil AS itu timbulkan protes domestik dan kecaman China

SEOUL: Anggota tentera Amerika Syarikat (AS) mula menghantar sistem pertahanan misil yang menimbulkan kemarahan China ke sebuah tapak pengerahan di Korea Selatan semalam.

 Rakaman TV menunjukkan treler besar yang dicat dengan warna samaran dan membawa benda yang kelihatan seperti peralatan berkaitan misil memasuki sebuah padang golf di daerah selatan Seongju pada pagi semalam.

 Ratusan penduduk, yang bimbang mengenai impak alam sekitar yang berpotensi, membantah dengan marah, ada yang bertelingkah dengan polis.

 Lebih 10 cedera termasuk tiga yang dimasukkan ke hospital, kata aktivis.

 Kementerian pertahanan di Seoul berkata langkah semalam bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan operasi sistem Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal (THAAD) secepat mungkin, dengan matlamat untuk memasang sepenuhnya bateri menjelang hujung tahun ini.

 Washington menggesa Bei j ing, sekutu utama tunggal Pyongyang, untuk meningkatkan lagi usaha bagi mengekangnya, tetapi gergasi Asia itu pula marah dengan rancangan untuk memasang sistem THAAD.

 AS dan sekutunya ketenteraannya Korea Selatan berkata pengerahannya, yang dipersetujui pada tahun lepas, bertujuan untuk melindunginya daripada ancaman misil dari Korea Utara yang memiliki senjata nuklear.

 Namun China bimbang ia akan melemahkan keupayaan balistiknya sendiri dan berkata ia mengganggu imbangan keselamatan serantau.

 Ia telah melaksanakan beberapa langkah yang dilihat sebagai pembalasan ekonomi terhadap Korea Selatan, termasuk larang ke atas kumpulan pelancongan.

 Korea Selatan aka n mengadakan pilihan raya presiden pada bulan depan untuk memilih pengganti kepada pemimpin yang digulingkan, Park Geun-Hye, dan Seoul serta Washington meneruskan pengerahan itu dengan beberapa calon yang menyuarakan rasa berbelah bahagi tentang sistem itu, termasuk calon utama Moon Jae-in dari parti haluan kiri, Parti Demokratik.

 Jurucakap Park Kwangon menyuarakan rasa kesal dengan penghantaran itu, dan berkata ia tidak mempedulikan prosedur yang diperlukan.

 “Langkah ini menutup ruang bagi pertimbangan dasar oleh kerajaan seterusnya dan ia sangat tidak wajar,” katanya.

 Industri pelancongan Korea Selatan telah terjejas teruk disebabkan oleh boikot Beijing berhubung THAAD, dengan jumlah pelawat dari China, biasanya lebih separuh daripada jumlah keseluruhan, menjunam 40 peratus pada bulan lepas walaupun larangan itu hanya berkuat kuasa pada 15 Mac.

 Konglomerat runcit Lotte, yang menyediakan tapak padang golf Seongju kepada kerajaan Seoul, turut disasari, dengan penutupan 85 daripada 99 kedainya di China.

 Menurut tentera AS, THAAD di reka untuk memintas dan memusnahkan misil balistik jarak dekat dan sederhana sewaktu fasa penerbangan terakhirnya.

 Presiden China Xi Jinping pada Isnin lepas meminta kesabaran dalam menangani krisis dengan Korea Utara dalam perbualan telefon dengan Presiden AS Donald Trump.

 Ketua pertahanan AS dan pegawai tertinggi lain memberi taklimat sulit mengenai Korea Utara kepada semua senator dalam satu mesyuarat luar biasa di Rumah Putih lewat semalam.

 — AFP

Advertisement