Anda di sini

Neelofa kini muncul dengan rancangan realiti sendiri

Advertisement
__alt__

SELEBRITI dan usahanita popular, Neelofa kini muncul dalam rancangan realiti ShowReal #FollowLofa melalui saluran online hurr.tv.

 Rancangan realiti ini terhasil dari kolaborasi di antara Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor dengan laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv.

 Pengarah siaran hurr.tv Elaine Daily memberitahu sidang media, “ShowReal ini adalah siri realiti untuk selebriti Malaysia dan kita mulakan dengan #FollowLofa iaitu untuk Neelofa selama enam episod bertujuan untuk memaparkan kehidupan seorang selebriti secara lebih mendalam kepada para peminat.

” Mengulas mengenai pemilihan Neelofa sebagai pembuka tirai program ini, Elaine menjelaskan Neelofa adalah calon yang paling sesuai kerana beliau mempunyai permintaan yang sangat tinggi sekarang dan ramai yang menjadikan beliau sebagai idola.

 Melalui enam episod web, penonton boleh #FollowLofa untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi selebriti tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan serta turut menampilkan hero drama ‘Suri Hati Mr. Pilot’, Fattah Amin.

 MEMAPARKAN SISI LAIN NEELOFA Sementara itu, Neelofa berkata rancangan #FollowLofa ini akan menunjukkan sisi lain kehidupannya, iaitu apa yang berlaku di sebalik layar yang tidak pernah peminat-peminatnya lihat sebelum ini.

 “Episod-episod dalam rancangan ini kebanyakannya akan menunjukkan apa yang berlaku di rumah, bagaimana saya dengan rakan-rakan memasak di dapur, bersembang dan sebagainya,” ujar fi gura yang pernah merangkul gelaran Bintang Paling Popular ABPBH29 yang lalu.

 Selain itu, Neelofa juga berharap rancangan realitinya ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada para penonton.

 Sebagai penaja utama siri #FollowLofa, Fashion Valet akan menggayakan Neelofa di setiap episod dan penonton juga boleh mendapatkan koleksi sama yang dipakai Neelofa dengan pautan yang akan membawa penonton ke laman web Fashion Valet.

 Episod web seterusnya boleh ditonton setiap Rabu jam 6 petang.

 Untuk maklumat lanjut, layari www.hurr.tv — Bernama

  • oleh
  • Advertisement