Anda di sini

Hampir 60 peserta menyertai Klinik Kejurulatihan, Kem Bakat Badminton

Advertisement

LIMBANG: Hampir 60 peserta menyertai Klinik Kejurulatihan dan Kem Bakat Badminton 2017 anjuran bersama Majlis Sukan Negeri (MSN) Bahagian Limbang dan Persatuan Badminton Bahagian Limbang (PBBL) selama tiga hari di sini.

 Setiausaha PBBL, Arni Kassim berkata program itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada pemainpemain badminton di sini tentang kejurulatihan permainan badminton.

 “Program ini diadakan dalam usaha melahirkan jurulatih yang berwibawa bagi melatih dan mengasah bakatbakat baharu pemain-pemain badminton terutamanya generasi muda.

 “Selain merupakan wadah terbaik mengeratkan silaturahim kalangan pemain serta peminat-peminat sukan badminton,”katanya di sini semalam.

 Program itu disertai seramai 27 peserta dewasa menghadiri Klinik Kejurulatihan Badminton dan seramai 32 peserta kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah menyertai Kem Bakat.

 Klinik kejurulatihan badminton dikendalikan oleh jurulatih MSN Sarawak, Johnny Ng.

 Hadir memeriahkan penutupan program itu ialah Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti yang juga Pengerusi PBBL, Dr Abdul Rahman Ismail.

 Dr Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada MSNS Limbang dan PBBL kerana berjaya mengelolakan program julung kali di sini.

 Beliau mahu Kursus Kejurulatihan Tahap Satu diadakan pada masa depan bagi mencari jurulatih berkelayakan melatih bakatbakat muda dalam sukan badminton.

 Beliau juga memohon agar MSNS menubuhkan Pusat Pembangunan (MSNS) dan melantik jurulatih untuk Pusat Pembangunan Badminton di Bahagian Limbang.

 Hadir sama Pegawai MSN Bahagian Limbang Ajis Kon Mohd Ghazali, Koordinator Sukan Badminton Majlis Sukan Negeri Sarawak Zaidep Morni, Timbalan Pengerusi PBBL, Zaini Garib serta jawatankuasa tertinggi PBBL.

Advertisement