Anda di sini

GIATMARA terus jalin kolaborasi dengan pelbagai agensi

Advertisement
 

GIATMARA terus berusaha mengangkat martabat pem­belajaran berkemahiran di setiap pusat latihan dengan meneruskan jalinan kolaborasi bersama pelbagai agensi kera­jaan mahupun swasta.

Usaha murni itu turut men­dapat sokongan daripada Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ke­tika menyempurnakan Majlis Graduasi GIATMARA Sabah, Kota Kinabalu pada Sabtu lepas.

Rosnah ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi GIATMARA pada Sidang Pertama.
Rosnah ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi GIATMARA pada Sidang Pertama.

Jelas Rosnah, antara ke­jayaan yang akan diperoleh GIATMARA melalui kerjas­ama yang diwujudkan adalah dengan mendapat pengikti­rafan sistem pembelajaran yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

“Pengiktirafan ini seme­mangnya sudah diberikan termasuklah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga ke Ta­hap 3 dalam beberapa kursus yang diadakan selain beberapa agensi lain terlibat sama sep­erti Suruhanjaya Tenaga dan Petronas.

“Bahkan, pelbagai pening­katan sudahpun dilaksanakan oleh pengurusan tertinggi GIATMARA Malaysia dalam membangunan dan menaik­taraf kemahiran yang diberi­kan kepada pelatih sejajar dengan keperluan negara,” jelasnya.

Sebahagian pelatih GIATMARA yang diraikan pada majlis berkenaan merakam gambar kenangan selepas menerima sijil.
Sebahagian pelatih GIATMARA yang diraikan pada majlis berkenaan merakam gambar kenangan selepas menerima sijil.

Menurutnya, setiap pro­gram kemahiran yang ditawar­kan oleh GIATMARA adalah modal jangka panjang yang akan diperolehi lepasan pelatih setelah tamat mengikuti kursus dengan semangat yang kental dalam usaha mengubah ke­hidupan ke arah yang lebih baik.

Beliau juga merakam uca­pan tahniah kepada pihak pengurusan GIATMARA Malaysia, MARA serta pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang sentiasa membantu dan menitikberatkan soal pen­didikan kemahiran kepada se­mua masyarakat Bumiputera demi membantu menaikktaraf tahap ekonomi mereka.

Yusuf menyampaikan ucapan perasmian.
Yusuf menyampaikan ucapan perasmian.

Sementara itu, Pengerusi MARA Datuk Dr Yusuf Yacob ketika merasmikan Sidang Kedua Majlis Graduasi GIATMARA Sabah berkata, pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan perkhidmatan pembelajaran berkemahiran dalam kalangan pelatih di setiap pusat GIATMARA seluruh negara.

Katanya, berbekalkan usaha gigih itu, GIATMARA Sabah sudah memperoleh pelbagai pencapaian membanggakan melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diberikan oleh pihak pengurusan Ibu Pejabat dalam setiap aktiviti yang diadakan.

“Kita juga mempunyai pelatih yang berjaya men­empah nama di peringkat antarabangsa seperti Michelle Soo Min dan Carolina Eva dari GIATMARA Gaya yang mengambil bidang Hairdress­ing berjaya mendapat pingat emas dalam Pertandingan Asean Worldskills Competi­tion di Kuala Lumpur pada tahun lepas.

“Seorang lagi iaitu Mohamad Afiq Ruslan dari GIATMARA Putatan turut berjaya meme­nangi emas dalam Refrigera­tion and Air Conditioning pada pertandingan yang sama dan mereka antara tiga pelatih yang akan mewakili Malaysia ke Worldskills Competition 2017 di Abu Dhabi pada Oktober nanti,” katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengurusan GIATMARA dan pelatih GIATMARA yang akan mewakili Malaysia ke Worldskills Competition Abu Dhabi 2017.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengurusan GIATMARA dan pelatih GIATMARA yang akan mewakili Malaysia ke Worldskills Competition Abu Dhabi 2017.

GIATMARA turut mener­apkan program pembudayaan keusahawanan kepada semua pelatih yang memasuki pusat berkenaan bagi mengelak lepasan pelatih tidak ter­lalu mengharapkan peluang pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta.

Program itu juga berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya sama ada di peringkat daerah mahupun kebangsaan dalam kalangan lepasan GIAT­MARA.

Program Pembudayaan Usahawan itu yang melibatkan tenaga pengajar, pelatih dan penceramah berjaya melahir­kan seramai 12,542 usahawan teknikal.

Rosnah (dua, kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelatih pada majlis berkenaan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tuan Haji Jamal Nasir Othman (dua, kiri) dan Pengarah GIATMARA Sabah Mohd Fazal Baniamin.
Rosnah (dua, kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelatih pada majlis berkenaan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tuan Haji Jamal Nasir Othman (dua, kiri) dan Pengarah GIATMARA Sabah Mohd Fazal Baniamin.

Selain itu, Program Inkuba­tor juga diadakan melibatkan 120 peserta dan Program Mobilepreneur yang ber­jaya menyalurkan bantuan berupa motosikal kepada 257 pelatih untuk memudahkan mereka menjalani perniagaan bergerak.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sekali lagi memberi kepercayaan penuh dengan melantik GIATMARA sebagai agensi pelaksana Mobilepre­neur@KKLW bagi tahun ini.

Sehubungan itu, GIAT­MARA mengalu-alukan warga Bumiputera dari pelbagai institusi kemahiran di bawah agensi KKLW yang mempu­nyai sijiil kemahiran untuk memohon memasuki program berkenaan dengan menyasar­kan penyertaan seramai 2,000 orang.

Sebarang maklumat ma­hupun borang pemohonan boleh didapati di seluruh GIATMARA mahupun agensi KKLW atau boleh muat turun di laman web kementerian www.rurallink.gov.my.

Yusuf (dua,kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelatih GIATMARA semasa sidang kedua majlis berkenaan.
Yusuf (dua,kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelatih GIATMARA semasa sidang kedua majlis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pega­wai Eksekutif GIATMARA Tuan Haji Jamal Nasir Oth­man berkata, 94 peratus dari 980 pelatih yang diraikan pada majlis graduasi berkenaan adalah dalam kalangan kelu­arga Berpendapatan Rendah (B40).

Katanya, ia jelas menun­jukkan bahawa GIATMARA sememangnya salah satu agensi kerajaan yang sentiasa mem­beri fokus tinggi terhadap kumpulan sasar itu bagi mem­bantu mengubah kehidupan kearah lebih baik.

Beliau juga sempat mengin­gatkan lepasan pelatih supaya sentiasa meningkatkan ilmu dan mencari kemahiran tam­bahan agar mampu bersaing ekoran suasana ekonomi ne­gara dan global yang semakin mencabar.

“Kita juga menyarankan supaya pelatih GIATMARA sentiasa berhubung den­gan Pusat GIATMARA dan agensi kerajaan yang lain untuk mengetahui perkembangan dan peluang yang disediakan kepada mereka yang berjaya menamatkan kursus,” ka­tanya.

Salah seorang pelatih GIATMARA sedang menunjukkan cara rawatan muka yang turut menyediakan perkhidmatan semasa Majlis Graduasi berkenaan.
Salah seorang pelatih GIATMARA sedang menunjukkan cara rawatan muka yang turut menyediakan perkhidmatan semasa Majlis Graduasi berkenaan.

Sementara itu, Pelatih bi­dang Holistic and Wellness Spa Bakruni Juani, 28, ke­tika ditemui Utusan Borneo berkata, kursus yang beliau sertai selama sembilan bulan itu adalah platform terbaik untuk mengasah kemahiran yang sedia ada.

Beliau yang sememang­nya sudah memiliki pusat kecantikan itu sememangnya amat berbangga kerana diberi peluang oleh GIATMARA menimba pengalaman untuk meluaskan kemahirannya.

“Saya mengambil bidang ini bersesuaian dengan perniagaan saya melibatkan penjagaan ke­cantikan dan sudah semestinya kursus GIATMARA ini cukup memberikan input dan ilmu berguna bagi saya.

“Malah, pelanggan pastinya akan lebih menaruh keper­cayaan dan keyakinan yang tinggi kepada saya memand­angkan saya kini sudah men­dapat pengiktirafan dari agensi yang berkaitan,” katanya.

Pelatih GIATMARA dalam bidang kecantikan turut membuka perkhidmatan mengurut dan perawatan kuku.
Pelatih GIATMARA dalam bidang kecantikan turut membuka perkhidmatan mengurut dan perawatan kuku.

Kegembiraan juga turut sama dikongsi oleh Salina Jemon, 32, yang berjaya menamatkan kursus dalam bidang jahitan selama enam bulan di pusat GIATMARA.

Salina yang sudah mahir menjahit itu dilihat tidak per­nah jemu menimba ilmu dari pelbagai agensi termasuklah GIATMARA sendiri.

Beliau juga mengakui ba­hawa setelah menyertai kursus berkenaan, kemahiran dan pengalamannya semakin ber­tambah menjadikan keyaki­nan beliau terhadap kegiatan menjahit semakin tinggi dan berpotensi untuk dia ceburi.

 

Bagi penerima Anugerah Eksekutif pula, Mutiara Andi Amir, 30, yang juga men­gambil kursus jahitan cukup berpuas hati dengan titik peluhnya menghabiskan masa selama enam bulan di pusat GIATMARA.

Beliau pada mulanya yang hanya mengikuti kawannya untuk menyertai kursus berk­enaan kini tidak adapun mera­sakan penyesalan, bahkan beliau rasa masa depannya kini semakin cerah.

“Saya yang tidak ada asas menjahit pada awalnya sudah tidak menduga dapat menye­lesaikan enam bulan kursus dengan pelbagai cabaran yang ditempuhi.

“Syukurlah, ini satu hadiah bermakna bagi saya dan ke­luarga untuk membina ke­hidupan yang lebih baik satu hari nanti,” katanya.

Mengenai perancangan seterusnya, Mutiara bercadang untuk mencipta satu produk hasil jahitan beliau sendiri yang berupa pakaian muslimah.

Suasana sekitar majlis Gaduasi GIATMARA Sabah yang diadakan di Auditorium Bangunan Persekutuan Sabah.
Suasana sekitar majlis Gaduasi GIATMARA Sabah yang diadakan di Auditorium Bangunan Persekutuan Sabah.
  • oleh
  • Advertisement