Anda di sini

Curi telefon: Jurujual dipenjara dua minggu, denda RM5,000

Advertisement

MIRI: Gara-gara mencuri satu unit telefon pintar, seorang jurujual dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM5,000 atau empat minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Lim Toh Leng, 36, dari Taman Hilltop di sini mengaku bersalah atas tuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati mencuri satu unit telefon pintar jenama iPhone 7 Plus bernilai RM4,299 kepunyaan sebuah kedai telefon.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 8.55 malam, pada 20 Februari lalu di sebuah premis membeli-belah Permaisuri Imperial City Mall, Jalan Merpati di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement