Anda di sini

MTC harap raih jualan kayu, produk kayu lebih baik daripada IWPA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) berharap dapat meraih jualan yang lebih baik susulan usaha pemasarannya semasa Konvensyen Perkayuan Dunia ke-61 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) tahun ini, berbanding RM9.02 juta yang dicatatkan semasa acara tahun lepas.

 Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Abdul Rahim Nik berkata Majlis itu mengetuai delegasi pemasaran ke konvensyen tersebut, yang melibatkan wakil daripada 16 syarikat berasaskan kayu Malaysia, yang juga termasuk sesi padanan peerniagaan khas dengan pengeksport kayu AS.

 Konvensyen itu yang diadakan dari 5 -7 April dianjurkan oleh Persatuan Produk Kayu Antarabangsa, dan disertai lebih daripada 300 pengimport, pengilang dan pembekal kayu dari 30 negara.

 Malaysia mengeksport produk kayu bernilai RM3.3 bilion ke AS pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 6.5 peratus berbanding 2015.

 Tiga barangan eskport utama ialah perabot kayu (RM2.6 bilion), papan lapis (RM204.5 juta) dan pertukangan tangan dan kayu untuk binaan (RM106.9 juta).

 Mengenai perkembangan lain, Abdul Rahim berkata MTC akan turut menyertai Pameran Seni Bina American Institute of Architect, yang akan diadakan mulai 27 hingga 29 April, di Orange County Convention Centre,Orlando, Florida.

 Persidangan itu dianggap sebagai antara perjumpaan terbesar para profesional arkitek dan pereka di Amerika Syarikat, mempamerkan rekaan terkini dalam industri seni bina, rekaan dalaman dan pembinaan. — Bernama  

Advertisement