Anda di sini

Lelaki maut jatuh dari tingkat 14 kondominium

Advertisement
 Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan kondominium.
JATUH: Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan kondominium.

KOTA KINABALU: Akibat terjatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan kondominium, seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan cedera parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, kejadian terbabit berlaku di kawasan kondominum Kampung Nounton Inanam, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Sabtu lepas.

Menurutnya mangsa Wong Vee Au, 34, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah tangan kanan.

Katanya, sebelum kejadian mangsa yang juga penyelia kontrak kerja penyelengaraan di bangunan berkenaan bekerja seorang diri.

Sebuah tong cat dipercayai tempat mangsa berdiri sebelum terjatuh turut ditemukan di lokasi kejadian.

Tiga pekerja pengubah suai rumah secara kebetulan bekerja di kawasan berdekatan terdengar teriakan mangsa bagaimanapun tidak melihat kejadian terbabit,” katanya mengesahkan kejadian di sini kelmarin.

Pihaknya turut mendapati tiada kesan pergelutan atau perkara yang disyaki berada di tempat kejadian.

George berkata, hasil siasatan awal pada badan mangsa, tiada kesan kecederaan luar pada fizikal mangsa serta tiada unsur jenayah.

Mayat mangsa jelasnya, dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk siasatan lanjut. Kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Advertisement