Anda di sini

Kidman, Huppert tarikan bintang di festival filem Cannes ke-70

Advertisement
 Aktres Hollywood Nicole Kidman dan suaminya, pemuzik Keith Urban tiba di Anugerah Muzik Country ke-52 yang diadakan di Las Vegas, Nevada pada 2 April 2017 lepas.  Kidman dan Huppert akan menjadi tarikan utama di Festival Filem Cannes pada bulan depan apabila pertunjukan filem utama dunia meraikan ulang tahunnya yang ke-70.  — Gambar Reuters
PASANGAN BAHAGIA: Aktres Hollywood Nicole Kidman dan suaminya, pemuzik Keith Urban tiba di Anugerah Muzik Country ke-52 yang diadakan di Las Vegas, Nevada pada 2 April 2017 lepas. Kidman dan Huppert akan menjadi tarikan utama di Festival Filem Cannes pada bulan depan apabila pertunjukan filem utama dunia meraikan ulang tahunnya yang ke-70. — Gambar Reuters

AKTRES Nicole Kidman dan Isabelle Huppert akan menjadi tarikan utama di Festival Filem Cannes pada bulan depan apabila pertunjukan filem utama dunia meraikan ulang tahunnya yang ke-70.

Bintang mega Australia itu berlakon dalam filem aksi Perang Saudara arahan Sofia Coppola ‘The Beguiled’ manakala Huppert dari Perancis membintangi filem arahan Michael Haneke dari Austria ‘Happy End’, sebuah drama keluarga berlatarbelakangkan krisis pendatang di Eropah.

Ben Stiller, Julianne Moore dan bintang Perancis, Marion Cotillard, juga akan tampil sebagai tetamu bintang di festival yang berlangsung pada 17-28 Mei di French Riviera, kata penganjur di satu sidang akhbar di Paris baru-baru ini.

Filem lain yang merebut anugerah berprestij Palme d’Or termasuk filem arahan Todd Haynes ‘Wonderstruck’, sebuah daripada dua buah filem yang disokong oleh Amazon dalam barisan filem yang bakal dipertontonkan.

Wonderstruck’, yang dibintangi Moore dan Michelle Williams, menceritakan kisah-kisah selari dua kanak-kanak pekak di Amerika pada zaman 1920-an dan 1970-an.

Redoubtable’ oleh pengarah filem bisu yang memenangi anugerah Oscar ‘The Artist’, Michel Hazanavicius, memberi tumpuan kepada hubungan cinta di antara guru ‘New Wave’ Jean-Luc Godard dan aktres Anne Wiazemsky.

Membuka ekstravaganza itu, di luar pertandingan, adalah ‘Ismael’s Ghosts’ oleh pengarah Perancis, Arnaud Desplechin, mengenai seorang pembuat filem yang terganggu disebabkan oleh kepulangan bekas kekasih hatinya.

Ia memaparkan bakat senarai A di Perancis dalam bentuk Cotillard, Charlotte Gainsbourg dan Mathieu Amalric.

- Pembabitan Netflix -

Dua buah filem cereka yang disokong oleh Netflix memenuhi kelayakan dalam penampilan pertama di Cannes.

Okja’, sebuah filem cereka makhluk arahan Bong Joon-ho dari Korea Selatan, yang terkenal kerana lawaknya yang gelap, dibintangi Tilda Swinton sebagai seorang saintis korporat dari syarikat yang cuba menculik seekor haiwan fantasi dipanggil Okja dari seorang kanak-kanak perempuan.

Jake Gyllenhaal, yang berlakon sebagai seorang pakar zoologi, tampil buat pertama kalinya di Cannes dengan filem tersebut.

Calon lain dari Netflix, yang semakin menembusi Hollywood bersama pencabarnya Amazon, adalah ‘The Meyerowitz Stories’ oleh pembuat filem bebas dari Amerika Syarikat (AS), Noah Baumbach.

Drama keluarga itu dibintangi Adam Sandler, Stiller, Emma Thompson dan Dustin Hoffman.

Amazon pula turut mencadangkan ‘You Were Never Really Here’, oleh pengarah dari Scotland, Lynne Ramsay, yang dibintangi Joaquin Phoenix sebagai seorang veteran perang yang cuba menyelamatkan wanita dari pemerdagangan seks.

Variety melaporkan pada tahun lepas bahawa peruncit dalam talian itu membeli hak kepada filem tersebut dengan harga kira-kira AS$3.5 juta (RM15.8 juta).

Pemilihan di luar pertandingan termasuk filem sekuel kepada dokumentari bekas naib presiden AS Al Gore pada 2006 yang memenangi anugerah Oscar ‘An Inconvenient Truth’.

Sedekad kemudian, taruhan dipercayai lebih tinggi dengan Donald Trump dalam White House.

Pemimpin AS itu telah menolak pemanasan global sebagai satu penipuan yang dicipta oleh pihak China dan mencalonkan Scott Pruitt yang tidak percaya kepada perubahan iklim untuk mengetuai Agensi Pelindungan Alam Sekitar.

Coppola, anak perempuan Francis Ford Coppola, merupakan seorang veteran Cannes yang pernah mengadakan tayangan perdana untuk ‘Marie Antoinette’ (2006) dan filem cereka terakhirnya ‘The Bling Ring’ (2013) di festival ini.

- Duo beregu Kidman-Farrell -

Dalam ‘The Beguiled’, Colin Farrell berlakon sebagai seorang askar muda yang menggoda semua wanita di sekelilingnya, termasuk Kidman serta Kirsten Dunst dan Elle Fanning.

Kidman dan Farrell berganding sekali lagi dalam ‘The Killing of a Sacred Deer’ oleh pengarah Greek, Yorgos Lanthimos, sebuah drama psikologi mengenai seorang pakar bedah yang berkarisma dan seorang remaja yang jahat.

Coppola dan Ramsay adalah antara 12 pengarah wanita yang dipaparkan di festival ini, berbanding sembilan pada tahun lepas, kata Fremaux.

Wanita ketiga dalam pertandingan utama adalah Naomi Kawase dari Jepun dengan ‘Hikari’ (Radiance) mengenai seorang doktor dengan penglihatan yang semakin kabur.

Memberi lebih banyak lagi kuasa bintang adalah siri TV yang menjadi tumpuan pada tahun ini, dengan penampilan musim ketiga yang dinanti-nantikan bagi siri kultus arahan David Lynch ‘Twin Peaks’ dan ‘Top of the Lake’ arahan Jane Campion dalam kemunculan episod keduanya.

Pedro Almodovar, pengarah filem masih hidup yang paling diraikan oleh Sepanyol, akan mengetuai juri di festival pada tahun ini. — AFP

Advertisement