Anda di sini

Futsal Piala YB Francis Harden pada 5-7 Mei

Advertisement

SRI AMAN: Kejohanan Futsal Piala YB Datuk Francis Harden 2017 akan diadakan di Gelanggang Tertutup KBSS Sri Aman di sini pada 5 hingga 7 Mei ini.

 Kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Sri Aman (FASA) itu memberi peluang kepada peminat-peminat futsal tempatan menyertainya.

 Pengerusi Pertandingan, Jilin Itar berkata program itu bagi mewujudkan budaya hidup sihat melalui sukan kalangan masyarakat dan menggilap bakat-bakat pemain.

 “Ia bagi merapatkan hubungan kalangan pemain sebagai ikatan sosial mementingkan toleransi dan perpaduan selain mengetengahkan permainan futsal sebagai sukan yang berprestij selain bola sepak.

 “Ia juga sebagai arena melihat potensi pemain-pemain bagi mewakili Bahagian Sri Aman apabila diperlukan nanti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 Jilin berkata, pertandingan terbuka kepada kategori lelaki dan wanita itu terhad kepada 32 pasukan sahaja.

 Piala YB Harden hanya direbut kategori lelaki sahaja.

 Katanya, juara akan membawa balik Piala YB Harden, piala iringan, medal dan wang tunai RM1,500.

 Manakala naib juara menerima wang tunai RM1,000 dan pemenang ketiga mendapat wang tunai RM750.

 Pemenang-pemenang tempat kedua dan ketiga juga masing-masing menerima medal dan piala iringan dan tempat keempat membawa pulang piala serta wang tunai RM500.

 Bagi kategori wanita, juara akan membawa pulang wang tunai RM700 serta piala iringan dan medal.

 Naib juara meraih wang tunai RM500 dan ketiga menerima RM300.

 Mereka masing-masing menerima piala dan medal sementara keempat (RM100 serta piala).

 Orang ramai berminat perlu menghantar borang sebelum jam 5 petang pada 3 Mei ini dan taklimat pengurus dan cabutan undi diadakan pada 4 Mei, jam 2 petang di Bilik Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman.

 Sesiapa berminat boleh memperolehi borang penyertaan daripada Jilin dengan menghubungi 019-4592899 atau Tahir Ibrahim (012- 8983820) atau Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dan Pejabat CMS Sri Aman.

Advertisement