Anda di sini

SAKURA iktiraf pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum

Advertisement
 Persembahan tarian zapin oleh pelajar SAKURA sebagai pembuka majlis.
HIBUR: Persembahan tarian zapin oleh pelajar SAKURA sebagai pembuka majlis.
 Persembahan tarian zapin oleh pelajar SAKURA sebagai pembuka majlis.
HIBUR: Persembahan tarian zapin oleh pelajar SAKURA sebagai pembuka majlis.

SEKOLAH Menengah Sains Kuching Utara atau lebih dikenali dengan SAKURA telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang pada 13 April lepas.

 Majlis tersebut merupakan yang keempat diadakan sejak penubuhan SAKURA pada 1 Januari 2013 sebagai sekolah berasrama penuh yang ke-66 dan sekolah menengah sains ketiga di Sarawak.

 Menurut pengetuanya Dr Norisah Suhaili, majlis ini diadakan sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang para pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.

 Di samping itu juga katanya, majlis ini juga sebagai motivasi untuk para pelajar terus berusaha dengan gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

 “Meskipun SAKURA baharu empat tahun ditubuhkan, namun sekolah ini telah membuktikan mampu menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang.

 “Kejayaan dan pencapaian cemerlang SAKURA ini adalah atas kerjasama baik antara warga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

 “Pesanan saya kepada pelajar yang telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) teruskan perjuangan dan yang akan menduduki SPM teruskan kecemerlangan anda di SAKURA,” katanya.

 Dalam pada itu, majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Dr Zaiedi Suhaili dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada para pelajar.

 Antara anugerah yang disampaikan pada majlis ini ialah, Anugerah Pengetua, Anugerah Tokoh Harapan Bestari SAKURA, Anugerah Tokoh Bestari SPM, Anugerah Kecemerlangan Akademik PT3 dan SPM 2016.

 Turut disampaikan sijil kecemerlangan bagi peperiksaan dalaman 2016 mengikut kelas dan tingkatan serta mata pelajaran.

  • oleh
  • Advertisement