Anda di sini

Maut akibat cuai

Advertisement

 

 Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan HUS.
MAUT: Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan HUS.
 Orang ramai mengerumuni lokasi kemalangan sementara pasukan perubatan memberi rawatan kepada mangsa-mangsa yang cedera.
TARIK PERHATIAN: Orang ramai mengerumuni lokasi kemalangan sementara pasukan perubatan memberi rawatan kepada mangsa-mangsa yang cedera.

 Buruh maut dalam kemalangan di kawasan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce-Jalan Badruddin.

KUCHING: Seorang buruh dari Kampung Sebangan, Simunjan maut di tempat kejadian apabila terbabit dalam satu kemalangan di kawasan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce-Jalan Badruddin di sini, awal pagi semalam.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Asrulnizam Rahman, 23, yang menunggang motosikal membawa dua pelajar, dikatakan baharu balik dari Uptown Kuching.

Mereka bertiga sedang menuju ke Jalan Satok apabila berlanggar dengan sebuah kereta yang menuju ke Batu Tiga, dari Jalan Satok apabila kemalangan sekitar jam 1 pagi tersebut berlaku.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata, perlanggaran di tengah kawasan lampu isyarat itu menyebabkan penunggang maut di tempat kejadian.

Hasil siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku akibat daripada kecuaian penunggang motosikal tersebut yang melanggar lampu isyarat merah dan membawa pembonceng melebihi had.

Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan lain-lain kerosakan pada badan kenderaan,” katanya.

Bingkok berkata, dua lagi pembonceng yang kedua-duanya merupakan pelajar berusia 13 dan 14 tahun masing-masing menerima rawatan di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Umum Sarawak.

Katanya pemandu kereta berusia 29 tahun bersama tiga penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement