Anda di sini

Empat lagi dibunuh tentera di Bohol

Advertisement
 Gambar yang dirakam lewat kelmarin menunjukkan askar Filipina (kanan) dan orang awam melihat dua daripada empat mayat lelaki bersenjata yang terbunuh di bandar Clarin, wilayah Bohol. — Gambar AFP
MAUT: Gambar yang dirakam lewat kelmarin menunjukkan askar Filipina (kanan) dan orang awam melihat dua daripada empat mayat lelaki bersenjata yang terbunuh di bandar Clarin, wilayah Bohol. — Gambar AFP

Filipina giat memburu saki-baki militan dalang cubaan menculik yang digagalkan

MANILA: Empat penyerang bersenjata dibunuh di pulau pelancongan Filipina ketika pasukan tentera kerajaan memburu sakibaki kumpulan militan yang mendalangi cubaan menculik besar-besaran yang digagalkan di sana, menurut pihak berkuasa semalam.

 Kerajaan menyatakan suspek dibunuh selepas ketinggalan daripada sebuah bot yang penuh dengan penyerang bersenjata Abu Sayyaf yang berpusat di selatan Filipina yang belayar ke pulau tengah Bohol awal bulan ini dengan rancangan untuk menculik pelancong.

 Serbuan menunjukkan peningka t an anc ama n penculikan daripada Abu Sayyaf, yang berpusat di pulau terpencil dan turut dipe r s a l ahkan ke r ana memenggal tebusan dan pengeboman maut.

 “Keganasan tidak mempunyai tempat di wilayah (tengah) Visayas,” menurut kenyataan bersama tentera dan polis ketika mengumumkan kematian empat suspek penculik di Bohol kelmarin.

 Enam anggota Abu Sayyaf lain terkorban dalam pertempuran awal di pulau pada 11 April lalu, manakala tiga anggota tentera dan seorang anggota polis turut terbunuh, menurut pihak polis.

 Pihak tentera menyatakan mereka memburu kira-kira tujuh penyerang yang masih tinggal dan dengan empat kematian itu, tiga suspek masih dalam buruan, kata mereka.

 “Elemen bersenjata yang tiada undang-undang ini merupakan orang asing di kawasan ini dan tidak mempunyai tempat lain untuk dituju.

 “Tunggu sedikit masa lagi sebelum kami boleh menyatakan ancaman di Bohol telah dihapuskan sepenuhnya,” jelas kenyataan bersama itu.

 Polis Bohol berkata, pertempuran terbaharu meletus tengah hari kelmarin di kampung penanaman padi dan kelapa berhampiran bandar Clarin, kawasan pertempuran pada 1 April.

 Abu Sayyaf, yang dianggotai ratusan militan, menjanjikan kesetiaan kepada kumpulan Islamic State (IS) di Iraq dan Syria.

 Pertempuran di Bohol, kira-kira 800 kilometer di selatan Manila, menimbulkan ketakutan dalam industri pelancongan yang penting di Filipina.

 Filipina memaklumkan kerajaan Barat selepas pihak tentera menyatakan ia telah membongkar rancangan Abu Sayyaf untuk menyerbu pusat peranginan tengah Filipina semasa cuti Paska dan menculik sehingga 12 pelancong.

 Ini membawa kepada amaran perjalanan yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara lain.

 Sepanjang tahun lepas, Abu Sayyaf memperluas aktivitinya dari wilayah selatan yang menjadi sasaran kempen pihak tentera sejak beberapa bulan lepas.

 Penyerang bersenjatanya menaiki kapal komersial dan nelayan serta menculik anak kapal luar negara, sebelum meminta wang tebusan yang besar, menurut kementerian pertahanan.

 — AFP

Advertisement