Anda di sini

Malam kemuncak AME 2017 eksklusif di Astro Ria & Ria HD

Advertisement
 Johan (kanan) akan bersama Nabil dan Neelofa (tengah) sebagai hos kemuncak AME 2017 malam ini.
HOS AME 2017: Johan (kanan) akan bersama Nabil dan Neelofa (tengah) sebagai hos kemuncak AME 2017 malam ini.

ANUGERAH MeleTOP ERA (AME) yang diadakan bagi menghargai serta memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, fi lem, dan digital kembali untuk edisi yang keempat selepas melakarkan kejayaan dan maklum balas positif dalam kalangan peminat seni hiburan tanah air sebelum ini.

 Acara gilang gemilang ini akan disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati Shah Alam pada hari ini (Ahad, 23 April 2017) bermula jam 9.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh dinikmati menerusi perkhidmatan Astro on the Go (AOTG) dan Astro On Demand.

 Antara nama besar yang bakal membuat persembahan pada malam ini termasuklah Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow, Ayda Jebat, Faizal Tahir serta ramai lagi.

 Pelawak popular yang juga penyampai radio Era FM, Johan akan bersama Nabil Ahmad dan Neelofa sebagai hos malam kemuncak AME 2017.

 Selain itu, penyampai radio Era FM, Radin serta pelawak popular Fad Bocey bertindak sebagai hos bersama untuk acara Karpet MeleTOP.

 AME ialah sebuah anugerah pilihan penonton yang akan memberi kuasa sepenuhnya kepada para peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 17 buah kategori termasuk sebuah kategori baharu iaitu ‘Si Cilik MeleTOP’ turut diperkenalkan.

 menguasai senarai calon akhir Anugerah MeleTOP ERA 2017 (AME 2017) dengan lima pencalonan termasuk kategori ‘Hos MeleTOP’, ‘Fesyen MeleTOP’, ‘Bintang Online MeleTOP’, ‘Pelakon TV MeleTOP’ dan ‘Program MeleTOP’ menerusi rancangan Taste Selebriti (Episod Neelofa).

 Menyusul di belakang Neelofa adalah penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza dengan empat pencalonan termasuk dua kategori individu iaitu ‘Penyanyi MeleTOP’ dan ‘Bintang Online MeleTOP’ selain pencalonan bersama Faizal Tahir menerusi kategori ‘Grup/ Duo MeleTOP’ dan ‘Program MeleTOP’ untuk rancangan Super Spontan All Star (Episod Dato’ Siti Nurhaliza).

 Pemenang kategori ‘Top Top MeleTOP’ tahun lalu, Ayda Jebat dan Johan masih menjadi pilihan peminat dan kembali tercalon apabila turut mendominasi senarai ‘Top 5’ AME 2017.

 Masingmasing dengan tiga pencalonan selain namanama besar seperti Fattah Amin dan Syamsul Yusof.

 Lebih mengujakan, senarai ‘Top 5’ AME 2017 tahun ini turut menyaksikan pencalonan muka baharu antaranya Aiman Tino, Alvin Chong, Khai Bahar, Vivy Yusof selain Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana menerusi kategori ‘Si Cilik MeleTOP’.

 Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang hadiah wang tunai yang berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

 AME 2017 menampilkan Aurawhite Global Sdn Bhd selaku penaja utama sementara GRAB selaku penaja kenderaan rasmi penganjuran tahun ini.

Advertisement