Anda di sini

Makanan erat jalinan silaturahim

Advertisement

MakanMakan Sarawak mampu semai pelbagai tradisi dalam jiwa rakyat
 

SANTUBONG: MakanMakan Sarawak mendekatkan rakyat untuk saling memahami kebudayaan dan tradisi pelbagai etnik dalam negeri ini dengan mewujudkan kesatuan hati, toleransi dan perpaduan kukuh.

Pengurus Besar Yayasan Perpaduan Sarawak Datu Aloysius J. Dris berkata demkian setelah melihat maklum balas yang begitu baik pengunjung.

Ini merupakan MakanMakan Sarawak siri keenam yang mana sesetengah pihak mempersoal bagaimana kita berjaya mengutuhkan perpaduan dan menjaga keharmonian di sini.

Kita masih belajar daripada majlis dikelolakan masyarakat India, Bidayuh dan sebagainya sebelum ini, tetapi makanan sebenarnya mendekatkan jalinan silaturahim dan mengenali satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pesta Makanan Melanau di Damai semalam.

Sementara itu, Temenggung Masyarakat Bidayuh Kuching, Austin Dimin turut menyatakan bahawa golongan di setiap peringkat umur hari ini tidak hidup seperti awal 50an atau 60-an yang mana agak bersifat perkauman.

Beliau sendiri memuji makanan masyarakat Melanau yang mana salah satu sajiannya menjadi kegemaran beliau dan keluarga.

Sebagai salah seorang Ahli Lembaga Majlis Adat Istiadat Sarawak, beliau percaya banyak persamaan dapat dilihat di antara masyarakat Melanau dan Bidayuh.

Linut contohnya dan ulat sagu juga dimakan oleh masyarakat Bidayuh dan percakapan masyarakat Melanau di beberapa tempat pernah saya berkhidmat dahulu juga hampir sama dengan percakapan masyarakat Bidayuh.

Perkara ini sebenarnya mendekatkan kita, jika dahulu cara pemakaian juga dikritik tetapi kepelbagaian dari tahun 60-an sehingga hari ini sudah banyak berubah.

Sekarang semua orang dapat duduk semeja dan menjamu selera makanan dari kaum yang pelbagai,” tambahnya.

Dimin percaya pemikiran masyarakat hari ini sebenarnya memberi keupayaan bahawa harmoni dan perpaduan itu dapat diteruskan tanpa perlu bersifat perkauman terutama sekali dalam kalangan muda hari ini.

Semalam turut diadakan persembahan tarian, pukulan gong, pameran dan demostrasi cara penyediaan makanan tradisi masyarakat Melanau di bahagian luar dewan.

Perhiasan di dalam juga dihias cantik cara autentik sebagai gambaran kepada pengunjung tempatan serta pelancong yang datang dari negara-negara jiran Malaysia, Eropah dan lainnya.

Semua yang hadir diberikan peluang merasa sendiri makanan disediakan oleh pihak penganjur Yayasan Perpaduan Sarawak dengan kerjasama SDI, Majlis Adat Istiadat Sarawak, Melanau Association Kuching, Kementerian Pelancongan Sarawak dan Damai Beach Resort.

  • oleh
  • Advertisement