Anda di sini

Lukas menyusuri cabaran kerjaya dalam kejuruteraan kimia untuk ABF Sdn Bhd

Advertisement
__alt__

Bantuan biasiswa “Saya dianugerahkan biasiswa oleh Petronas semasa saya di tingkatan empat di Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah Petra Jaya (Kuching) dan syarikat itu meneruskan pembiayaan pengajian saya sehingga ke peringkat pengajian tinggi,” katanya.

 “Saya melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat.

 Sukar pada ketika itu kerana saya merupakan pelajar aliran bahasa Melayu dari Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching.

 Saya perlu mengikuti program di negara itu dalam bahasa Inggeris, namun dengan usaha keras, saya dapat mengatasi halangan itu dan untuk tempoh setahun dalam program itu hanya dalam tempoh enam bulan sahaja saya mampu menguasai bahasa itu,” katanya.

 Katanya, kolej tersebut mempunyai 2,000 pelajar, sangat istimewa dan kolej terbaik di Amerika Syarikat.

 “Dengan mengambil bidang kejuruteraan, saya antara perintis bidang tersebut untuk Petronas di kolej terbabit.

 “Bukan mudah, saya perlu mencari cara sendiri untuk mengatasi halangan bahasa dengan percakapan bahasa Inggeris di negara tersebut adalah berbeza.

 “Perlu belajar untuk menguasainya dan saya sendiri perlu bergaul dengan pelajar-pelajar lain dan orang sekeliling.

 Saya bernasib baik kerana mempunyai keluarga angkat di negara tersebut termasuk tiga kakak angkat yang dapat membantu tetapi sebenarnya ia merupakan pertukaran pelajar antarabangsa dari seluruh dunia.

 “Bukan sahaja budaya belajar berbeza yang perlu difahami bahkan kehidupan sosial juga perlu dipelajari termasuk budaya antarabangsa dan sebagainya.

 “Selama lima tahun, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dan selepas tamat pengajian pada tahun 1987 dan 1988, keluar kolej didapati keadaan ekonomi negara lembap, tiada pekerjaan ditawarkan selepas kami menamatkan pengajian, namun saya bersyukur apabila Petronas menyediakan program latihan di syarikatnya,” ujarnya.

 Sebagai Pelatih ABF “Saya bernasib baik dihantar ke ABF dalam latihan kerja pada April 1988 disebabkan saya meluahkan keinginan saya untuk bekerja dalam persekitaran loji, yang mana saya percaya kemahiran kejuruteraan kimia yang saya belajar di kolej boleh dipraktikkan di situ.

 “Semasa latihan, saya bekerja keras disebabkan ini merupakan peluang untuk saya menimba pengalaman kerja,” katanya.

 “Saya masih ingat bagaimana keadaan saya yang bekerja 24 jam tanpa henti hanya untuk mendapat satu pusingan keseluruhan pengalaman dalam satu tugasan di loji.

 “Saya bekerja keras, belajar penuh gigih dan menyampaikan kemahiran yang saya ada.

 Saya diserap oleh ABF sebagai jurutera proses pada Jun 1988.

 Pada saya ia adalah antara keadaan yang memperjelaskan bahawa kerjaya saya dalam Petronas benar-benar bermula.

 Latar belakang keluarga Lukas berkata, tempat asal saya di Dalat, ayah saya merupakan pembalak dan ibu saya seorang suri rumah.

 “Saya tidak menganggap ibu bapa saya miskin disebabkan keadaan kehidupan kami mencukupi dengan keperluan.

 Meskipun kehidupan begitu mencabar pada masa itu tetapi kami mempunyai makanan yang mencukupi.

 Ibu bapa saya mempunyai sawah padi sendiri untuk diusahakan, pokok rumbia dan kebun.

 “Kami tinggal di tepi sungai yang mempunyai banyak udang dan ikan.

 Ada binatang untuk diburu dan semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah, masa cuti saya membantu ibu bapa saya di sawah padi, tapak tanaman rumbia dan saya pernah bekerja sebagai pembalak menyertai ayah saya semasa tingkatan lima.

 “Menariknya, apabila mendapat gaji saya membeli mesin taip kerana saya suka menulis pada masa itu,” katanya.

 Beliau berkata, adik beradik saya seramai tujuh orang terdiri daripada dua perempuan dan empat lelaki, dan saya anak yang tengah.

 “Ibu bapa saya bekerja keras untuk membiayai kami dan menyekolahkan kami.

 Mereka ingin kami mendapat pendidikan yang baik supaya kami tidak menjalani kehidupan yang susah di kampung.

 “Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat sehingga tingkatan tiga dan dipilih untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah dari tingkatan empat hingga lima di Kuching.

 Kemudian saya dipilih untuk melanjutkann pelajaran di AS.

 “Saya mendapat ijazah dalam kejuruteraan kimia daripada Colorado School of Mines, Colorado AS.

 “Seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Kejuruteraan dari UPM pada September 2006 dan turut memperolehi Diploma Lanjutan dalam Pengurusan Logistik.

 “Saya lulus sijil kejuruteraan profesional Lembaga Jurutera Malaysia tahun lepas (2016),” katanya yang berkahwin dengan isterinya yang juga berasal dari Dalat kini bekerja sebagai jururawat di Hospital Bintulu dan dikurniakan empat anak lelaki berumur 18 hingga 22 tahun.

 Hobi masa lapang “Saya suka membaca.

 Kebiasaannya saya membaca dua buku dalam sebulan.

 Satu buku fi ksyen dan satu bukan fi ksyen.

 Sekarang saya cuba untuk menghabiskan pembacaan satu buku sebulan untuk buku bahasa Inggeris, Melayu dan saya suka menulis karya kreatif.

 “Kali terakhir saya aktif menulis dalam cerita Melayu kreatif adalah beberapa tahun lepas tetapi sekarang sukar untuk saya memperolehi masa yang sesuai untuk meneruskan penulisan.

 “Saya menulis puisi dan cerpen dalam bahasa Melayu yang telah disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),” katanya.

 Selain itu, untuk masa luang juga katanya, “pada hujung minggu, saya melakukan aktiviti bermain golf, pergi ke gim melakukan senaman angkat berat untuk tempoh 1.5 hingga 2 jam”.

  • oleh
  • Advertisement