Anda di sini

Langkah S’wak sumbang

Advertisement
 Penyerang import Sarawak, Mateo Roskam diasak barisan pertahanan Terengganu FA ketika aksi suku akhir kedua di Stadium Negeri Kuching malam kelmarin.
DIASAK: Penyerang import Sarawak, Mateo Roskam diasak barisan pertahanan Terengganu FA ketika aksi suku akhir kedua di Stadium Negeri Kuching malam kelmarin.

David kecewa Ngap Sayot gagal gunakan peluang lakar kemenangan

KUCHING: Pengendali Sarawak, David Usop mengakui kecewa berikutan kegagalan skuad bimbingannya melangkah ke separuh akhir Piala FA 2017 setelah tewas di tangan Terengganu FA pada aksi suku akhir kedua di Stadium Negeri di sini malam kelmarin.

 Impian Sarawak nyata terkubur ketika saingan diheret dalam penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan 4-1 selepas terikat agregat 2-2 sehingga tamat 120 minit perlawanan berakhir terikat 1-1.

 Meskipun memiliki kelebihan gol di tempat lawan pada aksi pertama di Kuala Terengganu sebelum ini namun ia gagal dimanfaatkan tuan rumah untuk sekurang-kurangnya meraih seri tanpa jaringan.

 Aksi kedua suku akhir itu jelas menunjukkan himpunan peluang di hadapan pintu gol lawan namun gagal disempurnakan dengan jaringan oleh penterang Sarawak.

 Bagi David, kegagalan itu menyebabkan Sarawak terpaksa melupakan hasrat bersaing di peringkat separuh akhir Piala FA musim ini.

 Menurutnya, pemain-pemain ternyata gagal menterjemahkan beberapa peluang yang terhidang ketika berada di depan gol lawan.

 “Tidak dinafikan mereka bermain dengan baik untuk mencapai kemenangan tetapi kegagalan membuat sentuhan penyudah menjadi punca kita kalah.

 “Apapun kita tetap terima dengan hati terbuka keputusan ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini malam kelmarin.

 Mengulas lanjut, David tidak menolak kemungkinan akan membuat rombakan skuadnya selepas ini sebagai persiapan mengharungi baki saingan Liga Super.

 Sarawak akan meneruskan kempen liga nombor satu negara dengan melayan kunjungan Kelantan di Stadium Negeri pada 26 April ini (Rabu).

  • oleh
  • Advertisement