Anda di sini

Hanya mahu berkhidmat

Advertisement
 Abang Johari tiba untuk menghadiri majlis bersama media semalam diiringi (dari kanan) Uggah, Masing, Dr Sim dan Soon Koh.
100 HARI: Abang Johari tiba untuk menghadiri majlis bersama media semalam diiringi (dari kanan) Uggah, Masing, Dr Sim dan Soon Koh.

KUCHING: Gaji sebagai menteri sudah memadai baginya untuk menyara kehidupan keluarga tanpa perlu menerima rasuah dan menyalah guna kuasa, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

 Pemimpin perlu bebas daripada amalan buruk itu kerana menurut sebuah buku ‘Failed State,’ katanya, sesebuah negara yang mengamalkan rasuah akhirnya akan hancur.

 “Bini saya tak pakai intan berlian besarbesar.

 Dahulu ketika saya jadi menteri perindustrian kalau saya nak rasuah saya boleh, tetapi saya tahu Tuhan itu maha agung.

 “Susah hidup jika mengamalkan rasuah.

 Tunaikan sahaja tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya pada majlis khas Ketua Menteri Bersama Media sempena 100 hari beliau menjadi Ketua Menteri di sini, semalam.

 Hadir sama, dua timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol.

 Abang Johari berkata lagi ada yang bertanya kepadanya adakah beliau memiliki ladang sawit.

 “Saya jawab untuk apa? Susah ada ladang kalau ia tidak berbuah macam mana,” ujarnya.

 Susulan dilantik menjadi Ketua Menteri, Abang Johari mengetuai anggota kabinetnya melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada 25 Januari lepas.

 Mengenai rombakan kabinet negeri, katanya, beliau belum ada ilham.

 Menurutnya, beliau sering merujuk barisan kabinet negeri sekarang sebagai Team Adenan memandangkan mandat sekarang diberikan rakyat kepada Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menerusi Pilihan Raya Negeri 2016.

 Bagaimanapun, beliau berkata, Team Adenan cuma bertukar ‘kapten’ yang kini pasukan itu dikemudinya selepas Adenan meninggal dunia pada 11 Januari lepas.

 Beliau dilantik ke jawatan itu pada 13 Januari 2017 selepas direstui pemimpinpemimpin dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan pemimpin parti-parti komponen BN negeri lain.

 Abang Johari berkata, beliau tidak pernah bercita-cita menjadi Ketua Menteri - beliau hanya mahu menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

 Menceritakan awal pembabitan serius beliau dalam politik, Abang Johari berkata Tun Abdul Rahman Yakub ketika menjadi Ketua Menteri memintanya secara peribadi untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Satok.

 Pada mulanya beliau menolak, tetapi akhirnya akur apabila ibunya menasihati agar menerima permintaan Tun Rahman.

 Beliau kemudian dilantik menjadi menteri penuh selepas BN menang Pilihan Raya Negeri 1987 di bawah pimpinan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

 “Saya tidak pernah obses untuk dilantik ke mana-mana jawatan tinggi.

 Saya cuma menunaikan khidmat.

 “Jika obses ia akan menjadikan anda kecewa apabila impian tidak tercapai,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement