Anda di sini

Warga emas bakal dibicara kerana kurung seorang lelaki

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 15 Mei depan untuk perbicaraan kes seorang lelaki warga emas yang didakwa melakukan kurungan salah terhadap seorang lelaki lain.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut RM2,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Suboh Salleh, 66, dari Kampung Haji Wahed di sini telah dituduh melakkukan kurungan salah terhadap Hwang Tuong Hook, 43.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3.50 petang hingga 8 malam, 9 Ogos 2016 di Lot 788 Block A Kuala Baram Land, Jalan Bypass di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kes ditetap untuk pengurusan semalam namun tertuduh masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah, justeru mahkamah menetapkan tarikh tersebut sebagai hari perbicaraan.

Tertuduh juga dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat peguam bela bagi mewakilinya sebelum perbicaraan kes bermula.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mizlan Abdul Ghani di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement