Anda di sini

Suspek serang bas Dortmund diberkas, bermotif kewangan

Advertisement

BERLIN: Polis Jerman semalam menangkap seorang suspek dalam serangan bom ke atas bas pasukan Borussia Dortmund, menurut pejabat pendakwa raya umum, me-nyatakan motifnya adalah kewangan dan tidak berkaitan dengan keganasan.

Beberapa komando polis yang bertugas bagi pejabat pendakwa raya persekutuan “telah menangkap seorang rakyat Jerman-Rusia berusia 28 tahun, Sergej W.,” menurut satu kenyataan.

Ia berkata suspek telah berharap untuk mendapat keuntungan daripada kejatuhan harga saham bagi pasukan bola sepak hasil daripada serangan itu.

Insiden, yang berlaku pada 11 April, melihat tiga letupan di sepanjang bas pasukan itu beberapa minit selepas ia meninggalkan hotel skuad tersebut untuk menuju ke perlawanan suku akhir di tempat sendiri menentang Monaco.

Letupan kuat memecahkan cermin bas, dan pemain antarabangsa Sepanyol Marc Bartra, 26, terpaksa menjalani pembedahan selepas terkena serpihan kaca.

Seorang anggota polis yang menunggang motosikal mengiringi bas telah meng-alami trauma akibat bunyi letupan.

Bahan letupan yang mengandungi serpihan besi di-dapati telah disembunyikan di bahagian pagar dan diletupkan ketika bas melalui kawa-san itu. Letupan mempunyai radius lebih 100 meter.

Perlawanan telah ditangguhkan untuk sehari.

Terdapat tiga pengakuan bertanggungjawab lain bagi serangan itu, satu daripada-nya membayangkan kaitan dengan Islamis, namun sumber keselamatan mempersoalkan kesahihan mereka, dengan pakar mencadangkan sasaran itu mungkin untuk meletakkan penyiasat pada arah yang salah. — AFP

Advertisement