Anda di sini

Suami dibebas jamin atas dakwaan ugut bunuh isteri

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki diperintah Mahkamah Majistret supaya dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Mei depan untuk pengurusan kes.

Yong Sze Foh, 40, dari Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir telah dituduh melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya, Choy Yee Li, 38, dengan mengugut membunuh mangsa dan bapanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 malam, 16 April lalu di rumahnya di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement