Anda di sini

Mengaku tidak bersalah cabul ibu tunggal anak tiga

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita juga merupakan ibu tunggal beranak tiga.

Mohamad Yusri Piee, 32, dari Kampung Melayu, Lubok Antu telah didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa mencabul kehormatan dengan meraba-raba di bahagian perut sehingga ke dada dan hendak mencium seorang ibu tunggal berusia 34 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 pagi, 16 April lalu di sebuah rumah di kawasan Quadruplex Bandar baru Permyjaya di sini

Di hadapan mahkamah, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Majistret Zuraini Ali Musa membenarkan permohonan itu dan menetapkan 5 Mei depan untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM2,800 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Advertisement