Anda di sini

KGS serikan majlis dengan pakaian Gagong yang gah

Advertisement
 Abang Johari dan isteri diiringi ahli KGS semasa tiba di Rumah Francis Nyanggau.
KETIBAAN: Abang Johari dan isteri diiringi ahli KGS semasa tiba di Rumah Francis Nyanggau.

LEBIH 20 ahli Kelab Gagong Sarawak (KGS) telah menjayakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Francis Nyanggau, Penom, Ulu Paku di Betong, baru-baru ini.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berserta isterinya Datin Amar Datuk Juma’ani Tunku Bujang.

Rumah panjang tersebut merupakan kampung halaman kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

KGS yang hadir pada majlis tersebut diketuai oleh penasihat undang-undangnya Chambai Lindong yang memimpin para kenamaan termasuk Abang Johari untuk naik ke rumah panjang tersebut.

Kehadiran KGS menghangatkan lagi suasana majlis itu dengan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Dayak yang turut mencuri tumpuan ribuan hadirin di rumah panjang tersebut.  

Kehadiran kelab ini amat sinonim melibatkan majlis-majlis atau keramaian dengan gaya masing-masing yang gah mengiringi tetamu kehormat atau VVIP pada sesuatu majlis.

Pakaian Gagong ini kian diminati ramai masyarakat Dayak sehingga mengembangkan lagi KGS yang dianggotai ahli dari seluruh pelosok bahagian di negeri ini.

 Ahli-ahli KGS menunjukkan gaya tersendiri di pekarangan Rumah Francis.
BAK PAHLAWAN: Ahli-ahli KGS menunjukkan gaya tersendiri di pekarangan Rumah Francis.
  • oleh
  • Advertisement