Anda di sini

Jimisar Autotrade lancar Mitsubishi Triton 2017

Advertisement
 Pengurus Jualan Jimisar Autotrade Sdn Bhd Sim Hock Sing (berdiri, tiga kanan) bersama kakitangannya pada pelancaran Mitsubishi Triton 2017 di Sibu, semalam.
TERBAHARU: Pengurus Jualan Jimisar Autotrade Sdn Bhd Sim Hock Sing (berdiri, tiga kanan) bersama kakitangannya pada pelancaran Mitsubishi Triton 2017 di Sibu, semalam.

SIBU: Jimisar Autotrade Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Sibu telah melancarkan Mitsubishi Triton 2017 di premisnya di Jalan Brooke Drive, semalam.

Menurut kenyataan media dari Jimisar Autotrade Sdn Bhd, kenderaan itu dipertingkat dengan ciri keselamatan dan premium memberikan lebih nilai kepada pembeli.

Dilengkapi jaminan 200,000 kilometer (km) atau lima tahun bagi kategori 2.4L ke atas di Malaysia.

Model diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand itu kini dipertingkat dengan jaminan perbatuan lebih tinggi dan penarafan keselamatan lima bintang dalam ujian Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN.

Mitsubishi Triton 2017 dikuasakan enjin 2.4L MIVEC turbodiesel baharu dengan teknologi Variable Valve Timing (VVT) dan Variable Geometry Turbo (VGT), bagi meledakkan kuasa 178.5 kuasa kuda (hp) dan tork 430Nm.

Kemajuan teknologi enjin terbaharu itu juga masih mampu memberikan kecekapan bahan api 15 peratus lebih baik berbanding model enjin 2.5L.

Antara ciri baharu yang dipertingkat ialah sistem Active Stability & Traction Control (ASTC) bagi varian VGT sahaja yang mampu membantu kawalan pemanduan kereta ketika keadaan sukar, licin atau persekitaran mencabar.

Mitsubishi Triton dipertingkatkan tahap keselamatannya dengan penilaian lima bintang iaitu mempunyai tujuh beg udara (hanya untuk varian VGT sahaja).

Ia juga dilengkapi dengan beg udara sisi, beg udara bahagian lutut pemandunya bagi mengurangkan hentakan sekiranya berlaku kemalangan.

Bagi varian Mitsubishi Triton Adventure X ialah satu kenderaan lasak.

Dilengkapi dengan rim aloi serta dikemas kini dengan pelbagai fungsi stereng baharu dengan audio, kawalan pelayaran Bluetooth dan kluster instrumen baharu.

VGT Adventure X ini pula menpunyai kemudahan untuk melaras tempat duduk bagi keselesaan penumpang dan pemandunya.

Untuk maklumat lanjut, sila berkunjung ke Jimisar Autotrade Sdn Bhd, Lot 2475, Brooke Drive di sini atau hubungi di talian 084- 312779.

  • oleh
  • Advertisement