Anda di sini

Dituduh curi pelbagai barang, lelaki dibebas dengan jaminan

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki dibenar dibebas dengan jaminan lanjut RM2,000 berserta seorang penjamin tempatan setelah mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan mencuri pelbagai barangan dari sebuah kedai cermin mata.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Mei depan untuk perbicaraan lanjut.

Liu Keng Seng, 27, dari Taman Delight, Jalan Airport di sini telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa mencuri 120 kotak penyimpanan cermin mata, enam kotak mengandungi kanta cermin mata pelbagai saiz, enam unit alat pemeriksa mata, sebuah mesin pembuat cermin mata, sebuah mesin pengilat cermin mata, sebuah mesin pemotong cermin mata dan 517 pasang cermin mata pelbagai jenis kesemuanya bernilai RM111,215 kepunyaan Tan Chor Thiam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama tiga orang masih bebas pada jam 2.30 petang, 18 Mac 2015 di sebuah kedai cermin mata terletak tingkat bawah sebuah pusat beli-belah Jalan Airport di sini.

Advertisement