Anda di sini

20 bas terbakar dalam 24 jam, 8 suspek ditangkap

Advertisement
 Orang ramai dilihat menanggalkan rangka bas yang rentung di Fortaleza, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters
AMBIL KESEMPATAN: Orang ramai dilihat menanggalkan rangka bas yang rentung di Fortaleza, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters

RIO DE JANEIRO: Lapan ditangkap di timur laut Brazil selepas satu gelombang sera-ngan pembakaran sengaja ke atas beberapa bas di bandar tepi pantai Fortaleza, kata polis kelmarin.

Media Brazil melaporkan sebanyak 20 bas telah dibakar sepanjang tempoh 24 jam lepas.

Kumpulan penjenayah adalah dalang di sebalik kejadian pembakaran, sama ada bagi membantah terhadap perubahan dalam syarat bagi anggota mereka yang dipenjarakan atau bagi me-nuntut pemindahan mereka ke penjara yang berasingan, lapor media tempatan.

Polis berkata dua ditangkap kelmarin, membawa jumlah kesemua seramai lapan, dan bahawa kawalan keselamatan tambahan telah dikerahkan bagi mengawal sistem perkhidmatan bas di bandar ini.

Seorang pemandu cedera ringan sementara seorang pengutip tiket yang cacat telah dimasukkan ke hospital kerana badannya melecur 90 peratus selepas terperangkap dalam kebakaran tersebut, kata polis. — AFP

Advertisement