Anda di sini

Serangan bom rosakkan bank Greek

Advertisement
 Pegawai forensik memeriksa bukti selepas serangan bom merosakkan cawangan bank Greek, Eurobank, di tengah Athens, kelmarin. — Gambar AFP
CARI BUKTI: Pegawai forensik memeriksa bukti selepas serangan bom merosakkan cawangan bank Greek, Eurobank, di tengah Athens, kelmarin. — Gambar AFP

ATHENS: Serangan bom kelmarin merosakkan cawangan bank Greek, Eurobank, di tengah Athens, kata sumber polis.

Seorang pemanggil tidak dikenali memberi amaran dalam satu panggilan ke laman sesawang Zougla dan polis dapat menutup kawasan sekitar sebelum letupan berlaku, tambah sumber itu.

Alat itu diletak dalam sebuah beg berhampiran pintu masuk bank, meletup sekitar jam 1930 GMT, 35 minit selepas amaran diberikan, menyebabkan kerosakan kepada bank berkenaan dan bangunan di sekelilingnya.

Serangan yang tidak menyebabkan kematian ke atas sasaran-sasaran ekonomi, politik dan diplomatik, yang dikaitkan oleh polis dengan kumpulan anarkis atau haluan kiri ekstrim, sudah bertahun-tahun berlaku di Greece.

Ia biasanya diakui dilakukan bagi pihak kumpulan yang mewakili pergerakan sedemikian walaupun ramai aktivis ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara yang berat.

Pada April 2014, Bank Greece disasari dalam satu letupan yang diakui dilakukan oleh kumpulan anarkis, Perjuangan Revolusi. — AFP

Advertisement