Anda di sini

Penjaga premis didenda usaha kedai siber secara haram

Advertisement

MIRI: Seorang penjaga premis didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan menjalankan perniagaan kedai siber atas talian secara haram.

Nur Mahirah Daud, 20, dari Jalan Sg Baong di sini didapati telah menjalankan perniagaan kedai siber atas talian tanpa mempunyai lesen yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.15 petang, 11 April lalu di sebuah premis di Jalan Permaisuri/Jalan Indica di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Ordinan Hiburan 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor  Mizlan Abdul Ghani di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement