Anda di sini

Penentang Maduro ikrar protes baharu

Advertisement
 Penunjuk perasaan bertempur dengan polis rusuhan ketika menyertai ‘perarakan terbesar’ menentang pemerintahan Maduro di Caracas, Venezuela, kelmarin. — Gambar Reuters
HURU-HARA: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis rusuhan ketika menyertai ‘perarakan terbesar’ menentang pemerintahan Maduro di Caracas, Venezuela, kelmarin. — Gambar Reuters

CARACAS: Penentang kerajaan Venezuela menjanjikan tunjuk perasaan besar-besaran baharu semalam untuk meningkatkan lagi ketegangan dalam usaha mereka bagi menggulingkan Presiden Nicolas Maduro sehari selepas rusuhan berdarah berlaku di negara minyak yang tertekan itu.

Seorang remaja lelaki ber-usia 17 tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun maut selepas ditembak kelmarin sewaktu protes besar-besaran, dan seorang askar di luar Caracas dikatakan terbunuh, menjadikan jumlah orang yang terkorban pada bulan ini seramai lapan dalam krisis politik yang semakin meruncing.

Polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa penunjuk perasaan yang melontar batu untuk berundur ketika ratusan ribu orang yang bosan dengan kekurangan makanan dan menuntut pilihan raya menyertai perarakan protes di Caracas dan beberapa kota lain.

Ribuan penyokong Maduro mengadakan perhimpunan balas di tengah Caracas.

Pembangkang menuduh Maduro membiarkan tentera kerajaan dan geng samseng bersenjata untuk menindas penunjuk perasaan dengan ganas dalam usahanya untuk menangkis tekanan pembangkang agar beliau meletak jawatan.

Beberapa rusuhan masih berlaku hingga larut malam, dengan laporan tentang ba-keri, pasar raya dan pusat makanan yang dijarah di barat Caracas.

Walaupun keganasan berdarah berlaku kelmarin, penentangnya mempamerkan keazaman mereka untuk meningkatkan lagi tekanan dengan mengumumkan protes baharu semalam.

Hari ini terdapat jutaan orang,” kata pemimpin kanan pembangkang Henrique Capriles di satu sidang akhbar lewat kelmarin.

Esok jauh lebih ramai lagi daripada kami perlu datang.”

Remaja berusia 17 tahun berkenaan ditembak oleh lelaki bersenjata yang menunggang motosikal dan melontar bekas gas pemedih mata di kalangan penunjuk perasaan, kata Amadeo Leiva selaku ketua Hospital Clinicas Caracas, yang merawat mangsa, kepada AFP.

Wanita berusia 23 tahun, Paola Ramirez, maut selepas ditembak di kepala di kota barat Cristobal, jabatan pendakwaan raya menyebut kemudian dalam satu ke-nyataan.

Seorang ahli politik pro-kerajaan dan anggota tentera simpanan, Diosdado Cabello, berkata dalam program televisyennya bahawa aktivis anti Maduro turut “membunuh” seorang askar di San Antonio de los Altos, sebuah bandar ke selatan Caracas, lewat kelmarin. Pendakwa raya mengesahkan kematian itu.

Pihak berkuasa sebelum ini melaporkan pembunuhan lima orang lain, termasuk seorang budak remaja ber-usia 13 tahun, dalam protes di seluruh negara pada awal bulan ini.

Ketua pembangkang dalam Kongres, Julio Borges, dan naib presiden Maduro, Tareck El Aissami, menyalahkan satu sama lain bagi keganasan berdarah kelmarin.

Tekanan ke atas presiden haluan kiri itu meruncing sejak 2014 apabila penurunan harga eksport minyak Venezuela yang amat penting memburukkan lagi krisis ekonomi.

Saya tidak ada makanan dalam peti sejuk,” kata penunjuk perasaan Jean Tovar, 32 tahun, yang membawa batu dalam tangannya untuk dilemparkan ke arah polis tentera di Caracas.

Saya ada seorang anak lelaki berusia dua tahun untuk disara dan saya menganggur, dan segalanya adalah kesalahan Maduro.”

Tindakan yang diambil oleh Maduro baru-baru ini untuk mengetatkan lagi genggamannya ke atas kuasa dan melarang Capriles daripada terlibat dalam politik memburukkan lagi krisis ekonomi dan politik di negara itu selain menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Mereka telah menyatukan pembangkang yang selalunya berpecah-belah dalam protes baru-baru ini dalam usaha mereka untuk menggulingkan Maduro daripada kuasa. — AFP

Advertisement