Anda di sini

Pence puji kesederhanaan Islam di Indonesia ‘satu inspirasi’

Advertisement
 Pence berjabat tangan dengan Widodo ketika pertemuan di Istana Merdeka di Jakarta, Indonesia semalam. — Gambar Reuters
MESRA: Pence berjabat tangan dengan Widodo ketika pertemuan di Istana Merdeka di Jakarta, Indonesia semalam. — Gambar Reuters

JAKARTA: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence semalam memuji ke-sederhanaan Islam di Indonesia sebagai “satu inspirasi” pada permulaan lawatan ke negara majoriti Islam itu yang dilihat sebagai satu usaha oleh pentadbirannya untuk memulihkan hubungan dengan dunia Islam.

Ia dibuat sebelum Pence melawat masjid terbesar di Indonesia, yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, di mana beliau mengadakan dialog antara agama.

Lawatannya merupakan usaha paling berprofil tinggi untuk mendekati orang Islam oleh pentadbiran Donald Trump sejak bilionair yang kasar itu memegang jawatan dan mencerminkan lawatan yang sama oleh Barack dan Michelle Obama pada 2010.

Sejak menjadi presiden hampir 100 hari lalu, Trump sudah menerima kunjungan pemimpin dari negara majoriti Islam seperti Jordan, Iraq, Arab Saudi dan Mesir.

Namun pentadbirannya juga cuba melarang pelawat dari beberapa negara majoriti Islam, dengan menyebut tentang kebimbangan mengenai terorisme – satu usaha yang kini sedang dicabar di mahkamah AS.

Sebagai calon presiden, Trump sering kelihatan se-perti menyokong golongan haluan kanan ekstrim apabila beliau mengecam “terorisme Islam yang radikal”.

Pence tiba di istana presiden di Jakarta untuk run-dingan bersama Presiden Indonesia Joko Widodo dan menerima sambutan rasmi berwarna-warni daripada ratusan kanak-kanak sekolah yang mengenakan pakaian tempatan.

Indonesia, di mana keba-nyakan penduduk mengamal-kan Islam yang sederhana, sudah lama diangkat sebagai contoh bagi demokrasi Islam yang berjaya di mana pengikut agama itu amnya hidup aman bersama masyarakat agama minoriti.

Selepas rundingan dengan Widodo, Pence berkata: “Tradisi Islam yang sederhana di Indonesia secara jujur adalah satu inspirasi kepada dunia dan kami memuji anda dan rakyat anda.

Di negara anda seperti di negara saya, agama menyatu-                                       kan, ia tidak memecah-             belah.”

Namun beliau mengeluar-kan kata-kata optimis itu ketika Islam yang dahulu inklusif di Indonesia diancam oleh pengaruh golongan tegar yang semakin meningkat serta trend yang semakin menjurus kepada bentuk kepercayaan yang lebih konservatif dalam agama tersebut.

Pence kini sedang melawat Korea Selatan, Jepun, Indonesia dan Australia untuk memperhalusi retorik Trump yang kasar.

Lawatan Pence ke Indonesia dialu-alukan oleh penduduk tempatan, dan Maruf Amin, ketua Majlis Ulama Indonesia, berkata beliau berharap ia “menandakan perubahan sikap” terhadap Islam.

Namun ia tidak mungkin memadai untuk meredakan kekhuatiran bahawa pentadbiran Trump adalah anti-Islam.

Kenyataan Trump yang memusuhi Islam dan Muslim telah merosakkan reputasi-nya dalam dunia Islam. Ia memerlukan lebih daripada satu lawatan untuk memperbetulkan kerosakan itu,” kata Fawaz Gerges, seorang pakar mengenai Timur Tengah dan Islam dari London School of Economics.

Selepas rundingannya dengan Widodo, Pence juga berkata AS komited kepada usaha untuk membina kerja-sama pertahanan yang lebih kukuh dengan Indonesia bagi memerangi ancaman teroris-me. — AFP

Advertisement