Anda di sini

Pemenang Musim Ketiga Jimmy Contest Keenam diumum Ahad ini

Advertisement
 (Dari kiri) Tiffany, Alex dan Lim bergambar bersama poster, beras Butterfly dan Jadual Imsak dan Berbuka Puasa selepas sidang media, di Kuching semalam.
JANGAN LEPAS PELUANG: (Dari kiri) Tiffany, Alex dan Lim bergambar bersama poster, beras Butterfly dan Jadual Imsak dan Berbuka Puasa selepas sidang media, di Kuching semalam.

KUCHING: Acara kemuncak pengumuman nama pemenang bagi peraduan anjuran syarikat Liansin Trading Sdn Bhd (Liansin), ‘Jimmy Contest’ Keenam akan diadakan Ahad ini (23 April), pada jam 1 petang.

Diadakan bertempat di Pusat Beli-Belah Boulevard (pentas utama berhampiran Daiso), di sini, acara itu bakal menyaksikan cabutan nama pemenang bagi Musim Ketiga serta cabutan bagi hadiah utama yang akan disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Menurut Pengurus Kanan Jualan Liansin, Lim Boo Kiong, peraduan yang bermula sejak 1 Julai tahun lalu dan berakhir pada 31 Mac tahun ini itu telah berjaya menarik kira-kira sebanyak 280,000 penyertaan dari seluruh Sarawak.

Kita amat berbesar hati untuk mengumumkan nama pemenang bagi Musim Ketiga peraduan termasuk pengumuman nama pemenang hadiah utama yang akan membawa pulang kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Outlander bernilai RM174,000.

Apa yang menarik ialah, pemenang yang telah diumumkan bagi Musim Pertama pada Oktober tahun lalu, Musim Kedua pada Februari lepas serta bakal pemenang bagi Musim Ketiga juga berpeluang untuk merebut hadiah utama yang kami tawarkan,” katanya pada sidang media, di gudang syarikat pembekal beras itu, di sini semalam.

Katanya lagi, peraduan tersebut diadakan khusus sebagai tanda penghargaan kepada pengguna setia beras jenama Liansin selama ini.

Bagi pemenang Musim Ketiga, berpeluang membawa pulang televisyen Sharp 65 inci bagi pemenang tempat pertama, peti sejuk dua pintu Samsung (tempat kedua), penggoreng Smart Air Buffalo (tempat ketiga), lima hadiah khas berupa periuk nasi Buffalo dan 50 hadiah sagu hati berupa beras wangi Butterfly Peket 10kg.

Menambah kemeriahan majlis pengumuman nama pemenang itu, Liansin turut menawarkan sebanyak 200 baucar istimewa pembelian produk Liansin khusus kepada orang ramai yang hadir menyaksikan acara tersebut, ujar Lim.

Kita meletakkan syarat mengikut siapa cepat, dia dapat, di mana sebanyak 200 baucar istimewa akan diberikan kepada 200 tetamu terawal pada acara kemuncak itu nanti.

Dengan baucar yang diterima, orang ramai boleh membeli sepeket beras jenama Butterfly 10kg dan sekali gus layak membawa pulang sepeket beras jenama sama seberat 5kg, justeru jangan lepaskan peluang keemasan ini,” jelasnya.

Selain itu, dalam peket beras Butterfly 10kg, orang ramai juga akan menerima hadiah istimewa iaitu sudu besi tahan karat berkualiti istimewa daripada Liansin.

Liansin juga akan mula mengedarkan Jadual Imsak dan Berbuka Puasa khusus buat masyarakat Islam yang bakal menyambut kehadiran Ramadan tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman sesawang di www.liansin.com.my atau hubungi 082-333555.

Turut hadir pada sidang media ialah Pembantu Operasi Jualan Liansin Tiffany Tan dan Pembantu Pengurus Jualan Liansin Alex Teng.

Advertisement