Anda di sini

Luxe Motorhomes and Caravans sasar jual 50 unit

Advertisement
 Mustapa (tiga kiri) melancarkan model Benimas Mileo 313 pada majlis pelancaran Luxe Motorhomes Caravans di Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam kelmarin. Turut hadir Mohd Arne (dua kiri) dan Pengarah Urusan WTA Ventures Sdn Bhd, Nadiah Abbas (kiri).  — Gambar Bernama
DILANCAR: Mustapa (tiga kiri) melancarkan model Benimas Mileo 313 pada majlis pelancaran Luxe Motorhomes Caravans di Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam kelmarin. Turut hadir Mohd Arne (dua kiri) dan Pengarah Urusan WTA Ventures Sdn Bhd, Nadiah Abbas (kiri). — Gambar Bernama

SHAH ALAM: Luxe Motorhomes and Caravans Malaysia sasar untuk jual sebanyak 50 unit motorhome ‘Benimar Mileo’, yang muncul buat pertama kali dalam pasaran Malaysia kelmarin.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pengenalan ‘motorhome’ di Malaysia merupakan suatu pengalaman baharu berpotensi untuk mencipta lebih banyak peluang perniagaan yang akan membantu sektor kenderaan dan pelancongan.

Hanya ada sebilangan kecil dalam negara ini walaupun motorhome ini mempunyai tarikan-tarikan yang banyak. Jumlah dagangan motorhome hanya  mencatatkan kira-kira RM2 juta pada tahun lepas,” katanya pada majlis pelancaran motorhome Benimar Mileo di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WTA Ventures Sdn Bhd, Mohd Arne Haffnee, berkata syarikat itu telah bekerjasama dengan pusat peranginan, hotel, taman negara dan kawasan latihan yang dilengkapi dengan kemudahan tersedia untuk ditukar menjadi lokasi perkhidmatan percutian motorhome.

Kami mahu mempunyai lima kawasan percutian motorhome dalam setiap negeri  menjelang tahun 2020,” katanya.

Motorhome Benimar Mileo, sangat sesuai untuk perniagaan dan percutian, tersedia dalam 13 model yang berbeza antara dua hingga enam tempat duduk, berharga daripada RM609,000 hingga RM650,000.

WTA Ventures adalah pengedar sah motorhome di Malaysia. — Bernama

Advertisement