Anda di sini

Banjir lumpur kembali jejas Colombia

Advertisement

Ragut 16 jiwa tatkala negara masih belum pulih daripada bencana sama bulan lepas

 Pemandangan dari atas bukit menunjukkan kawasan kejiranan yang musnah dalam kejadian banjir lumpur selepas hujan lebat menyebabkan sungai melimpah di Manizales, Colombia, kelmarin. — Gambar Reuters
BENCANA ALAM: Pemandangan dari atas bukit menunjukkan kawasan kejiranan yang musnah dalam kejadian banjir lumpur selepas hujan lebat menyebabkan sungai melimpah di Manizales, Colombia, kelmarin. — Gambar Reuters

BOGOTA: Bah dan banjir lumpur di tengah Colombia mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, kata pihak berkuasa bantuan bencana kerajaan kelmarin, menyebabkan kecemasan di negara itu yang masih belum pulih daripada banjir lumpur baru-baru ini yang membunuh ratusan orang.

Sekurang-kurangnya tujuh orang hilang selepas hujan lebat melanda kota Manizales, kata pegawai kerajaan, yang menimbulkan kebimbangan bahawa bilangan kematian akan melonjak seperti apa yang berlaku pada awal bulan ini di bandar selatan Mocoa.

Di sana, sekurang-kurangnya 323 termasuk lebih 100 kanak-kanak maut apabila hujan lebat menyebabkan tiga sungai gunung banjir pada 31 Mac lalu dan membawa ombak lumpur dan batu besar ke dalam bandar tersebut.

Manizales “terputus hubu-ngan disebabkan oleh runtuhan bantu, banjir lumpur, bah”, kata Datuk Bandar Jose Octavio Cardona.

Beliau berkata bandar itu berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas hujan lebat turun selama berhari-hari, dan bertukar menjadi hujan yang mencurah-curah pada malam kelmarin.

Presiden Juan Manuel Santos menggantung agenda rasminya untuk melawat bandar itu, ibu kota bahagian Caldas – yang, seperti Mocoa, merupakan sebuah wilayah yang terpencil dan sukar untuk diakses.

Ini adalah produk per-ubahan iklim,” katanya kepada pemberita, dan menyeru agar alam sekitar “dijaga” bagi mengelak bencana sedemikian.

Beliau berkata dalam Twitter, beliau sudah meng-arahkan pegawai dari kementerian pengangkutan dan agensi kecemasan untuk pergi ke kota itu dan menilai “situasi serius” di sana.

Pegawai kecemasan berkata lapan kejiranan dilanda bah atau banjir lumpur, termasuk satu di mana beberapa buah rumah tertimbus.

Kelas di Manizales – di mana kira-kira 400,000 orang tinggal – selain khidmat air, elektrik dan gas di kejiranan terjejas, digantung sebagai langkah berjaga-jaga. — AFP

Advertisement