Anda di sini

Australia perketat syarat-syarat ujian kerakyatan

Advertisement

SYDNEY: Canberra semalam mengumumkan rancangan untuk meletakkan “nilai-nilai Australia” sebagai asas bagi syarat-syarat yang lebih ketat untuk mendapatkan kerakyatan, beberapa hari selepas ia menamatkan program visa bagi pekerja asing sementara.

Langkah itu diambil ber-latarbelakangkan tekanan populis yang semakin meningkat dan kebangkitan parti anti-imigresen One Nation yang diketuai Pauline Hanson.

Kita dicorakkan oleh komitmen kepada nilai-nilai sama, nilai-nilai politik, kedaulatan undang-undang, demokrasi, kebebasan, sikap saling hormat menghormati, kesamarataan bagi lelaki dan wanita,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull kepada pemberita.

Nilai-nilai asas inilah yang menjadikan kita warga Australia. Proses kerakyatan kita harus mencerminkan ini.

Maka itu pada hari ini kami mengumumkan per-ubahan untuk mengukuhkan kerakyatan, untuk membina Australia yang lebih mantap, kerakyatan lebih mantap, rakyat lebih mantap.”

Syarat baharu termasuk penguasaan bahasa Inggeris yang kompeten, kepercayaan kepada kesamarataan jantina dan tempoh kelayakan selama empat tahun.

Calon bagi kerakyatan diwajibkan menjadi penduduk tetap selama empat tahun berbanding setahun sekarang.

Mereka juga perlu me-nunjukkan rekod pekerjaan dan bagaimana mereka telah menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan.

Ujian “sivik” sekarang bagi bakal warga Australia akan diperkembangkan untuk merangkumi isu seperti keganasan domestik, kata Menteri Imigresen, Peter Dutton.

Kita berhak untuk me-nyatakan jika anda mahu menjadi warga Australia, terdapat beberapa perkara yang kami mahu anda pamerkan dan dikongsi anda,” tambah Turnbull.

Komitmen kepada nilai-nilai kita, kesetiaan kepada negara kita, bahasa Inggeris yang kompeten, berada di sini selama empat tahun, integrasi, menunjukkan bahawa anda sudah membuat komitmen itu, bahawa ini bukan hanya satu proses pentadbiran sahaja.

Ini adalah mengenai ke-setiaan dan komitmen kepada nilai-nilai Australia.”

Kira-kira 114,109 orang menduduki ujian kerakyatan Australia pada 2014-15, dan 112,474 orang lulus, me-nurut perangkaan imigresen terkini.

Perubahan ujian itu, seperti pengumuman mengenai visa, disambut baik oleh Hanson, yang sudah lama menuntut peraturan imigresen yang lebih ketat.

Adakah orang benar-benar membayangkan pendekatan #AustralianValues ‘Australia didahulukan’ baharu Malcolm Turnbull bukan disebabkan oleh tekanan One Nation?” Hanson tweet semalam.

Namun pembangkang mengkritik perubahan ke-rakyatan itu sebagai lakonan politik untuk mengambil hati golongan haluan kanan.

Kerajaan pada Selasa lepas memansuhkan program visa bagi pekerja asing sementara dan menggantikannya dengan sistem baharu untuk mengurangkan pengangguran di kalangan warga Australia.

Pindaan kepada undang-undang kerakyatan akan dibentangkan dalam Parlimen tidak lama lagi. — AFP

Advertisement