Anda di sini

Petronas Lubricants akan tingkatkan volum produk MCO kepada tiga peratus tahun ini

Advertisement

SEPANG: Unit Petronas Dagangan Bhd, Petronas Lubricants Marketing (M) Sdn Bhd (PLMM), yakin dapat meningkatkan volum barisan produk motosikal (MCO) antara satu dan tiga peratus tahun ini menerusi pelancaran Petronas Sprinta dengan UltraFlex.

Petronas Sprinta dengan Ultraflex telah terbukti mempunyai prestasi 41 peratus lebih baik, kerana ia tahan ricih tinggi bagi mencegah pencairan dan pemekatan minyak, apabila terdedah kepada suhu yang tinggi pada 150°C.

Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Zubair Abdul Razak, berkata produk baharu pelincir motosikal itu menahan pencairan minyak yang menyebabkan bunyi bising yang bergetar selain mencegah pemekatan minyak yang akan menyebabkan ia mengalir secara perlahan.

Ketika ini, Malaysia memiliki 11.6 juta motosikal dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak empat peratus dan daripada jumlah itu, 81 peratus daripada penunggang motosikal menunggang setiap hari dengan 70 peratus daripadanya bergantung sepenuhnya kepada motosikal mereka untuk bergerak.

Penggunaan setiap hari memberi banyak tekanan kepada enjin motosikal, walaupun dalam keadaan penunggangan biasa. Akibatnya, ramai pengguna sentiasa bimbang motosikal mereka akan rosak dan mereka terpaksa mengeluarkan kos yang mahal untuk membaikinya,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di sini, kelmarin.

Menurutnya, dengan Petronas Sprinta with UltraFlex yang dilengkapi  formulasi unik dan molekul fleksibel akan dapat menangani tekanan yang dialami motosikal dan memberi tunggangan yang lebih baik kepada pengguna.

Sementara itu, Ketua Serantau Asia Pasifik Petronas Lubricants International, Mohd Khalid Mohamed Latiff berkata pelancaran Petronas Sprinta with Ultraflex disasarkan untuk memanfaatkan peluang pasaran yang besar dan sedang berkembang pesat di Malaysia.

Harapan pertumbuhan kami adalah bersandarkan kepada teknologi sebagai pembeza asas untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna, di samping bersiap sedia untuk merebut peluang pasaran yang semakin berkembang,” katanya. Bernama

Advertisement