Anda di sini

Kucupan durjana

Advertisement

Kesan ‘love bite’ pada leher budak perempuan bawah umur rungkai kisah rogol di kilang bata.

 Suspek ditangkap di sebuah rumah panjang di Julau dibawa ke Balai Polis Sentral, Sibu petang semalam untuk tindakan lanjut.
DICEKUP: Suspek ditangkap di sebuah rumah panjang di Julau dibawa ke Balai Polis Sentral, Sibu petang semalam untuk tindakan lanjut.

SIBU: Kesan kucupan ‘love bite’ pada leher seorang budak perempuan bawah umur merungkai segala-galanya petang Ahad lalu.

Ibu mangsa, 36, curiga dengan tanda kemerah-merahan yang jelas kelihatan itu, lantas memujuk anaknya berusia 13 tahun terbabit untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya.

Selepas didesak, mangsa yang tidak bersekolah lagi mengaku kepada ibunya bahawa dia telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki, 31, di sebuah kilang bata dekat sini sehari sebelumnya.

Justeru, satu laporan polis dibuat ibu mangsa di Balai Polis Sibu Jaya dekat sini sekitar jam 1 petang, Isnin lepas.

Bertindak atas maklumat, pasukan polis D7 Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu diketuai oleh Inspektor Hairul Hussin bersama anggotanya melancarkan serbuan ke sebuah rumah panjang di Julau dan berjaya menahan seorang lelaki berbangsa Iban sekitar jam 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah memberitahu, usaha pasukan polis D7 di sini menjejaki suspek selama dua hari dua malam ternyata membuahkan hasil dengan tertangkapnya suspek.

Seorang suspek lelaki membabitkan mangsa, seorang perempuan berusia 13 tahun, yang dijejaki polis selama dua hari dua malam akhirnya tertangkap petang tadi (semalam),” katanya mengesahkan kes tersebut.

Menurut Saiful, suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian dipercayai takut ditangkap oleh pihak polis.

Suspek telah bersembunyi selama beberapa hari sebelum kembali ke rumah,” katanya.

Menurutnya lagi, siasatan awal pihaknya mendapati suspek mengaku melakukan hubungan seks dengan mangsa semasa kejadian.

Suspek dipercayai mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu semasa mangsa berada dalam keadaan mabuk.

Saiful menambah, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.

Suspek akan direman untuk tindakan lanjut esok (hari ini),” katanya.

  • oleh
  • Advertisement