Anda di sini

Cacing besar makan gas ditemui di Filipina

Advertisement
 Gambar serahan Marvin Altamia semalam menunjukkan saintis di sebuah makmal di Manila membuka bahagian atas cangkerang yang mendedahkan cacing kapang yang tinggal di dalamnya. Gambar sisipan menunjukkan cacing itu setelah dikeluarkan dari cangkerangnya. — Gambar AFP
UNIK: Gambar serahan Marvin Altamia semalam menunjukkan saintis di sebuah makmal di Manila membuka bahagian atas cangkerang yang mendedahkan cacing kapang yang tinggal di dalamnya. Gambar sisipan menunjukkan cacing itu setelah dikeluarkan dari cangkerangnya. — Gambar AFP

MANILA: Seekor cacing hitam berlendir yang begitu besar dan hidup dalam lumpur dasar laut serta memakan sisa gas beracun yang dihadam bakteria diumumkan saintis buat pertama kali.

Cacing kapang atau ‘shipworm’ gergasi berlendir itu dapat membesar sepanjang 155 sentimeter, walaupun menjalani kehidupan tidak aktif dalam mendapan lautan dan dipercayai tidak makan apa-apa kecuali produk sisa mikroorganisma yang hidup dalam insangnya.

Kami takjub. Inilah kali pertama kami melihat cacing kapang sebesar ini.

Biasanya, kapang berwarna putih dan sependek batang mancis,” kata pakar biologi marin dari Filipina, Julie Albano.

Kapang sebenarnya bukan cacing, tetapi haiwan dwicangkerang seperti kepah dan kima, di mana ia mempunyai cangkerang ala gading yang rapuh.

Juga dikenali dengan nama saintifik Kuphus Polythalamia, moluska itu amat berbeza daripada sepupunya yang lebih kecil, yang mengorek ke dalam dan menghadam kayu.

Sebaliknya Kuphus Polythalamia bergantung kepada bakteria yang hidup dalam insangnya, yang menghadam hidrogen sulfida, sejenis gas sulfur yang berbau seperti telur busuk, dari lumpur dan mengeluarkan kesan karbon.

Proses itu adalah fotosintesis dalam tumbuh-tumbuhan, di mana ia mengambil karbon dioksida dari udara, menggunakan karbon itu untuk membesar dan mengeluarkan oksigen sebagai produk sampingan.

Kami mengesyaki kapang gergasi itu berlainan sama sekali daripada kapang lain yang memakan kayu,” kata Margo Haygood, profesor penyelidikan di Universiti Utah yang turut menyertai kajian.

Penemuan kapang gergasi itu, spesies yang tidak pernah dikaji sebelum ini, menandakan kali pertama saintis mempunyai spesimen hidup dalam tangan, menurut artikel minggu ini dalam jurnal Amerika ‘Proceedings of the National Academy of Sciences’.

Spesies menakjubkan ini masih belum digambar dan dijelaskan sepenuhnya,” kata jurnal itu.

Albano berkata, kapang gergasi itu dijumpai di bandar tepi pantai Kalamansig dalam wilayah selatan Sultan Kudarat dan bakterianya kini dikaji bagi penggunaan farmaseutikal berpotensi.

Walaupun haiwan aneh itu baharu bagi saintis marin antarabangsa, Albano  yang merupakan penduduk tempatan berpengalaman mengenai cacing itu.

Kapang boleh dimakan dan rasanya seperti sotong kurita.

Penduduk tempatan memakannya kerana percaya ia boleh menaikkan syahwat,” katanya. — AFP

Advertisement