Anda di sini

Buku ‘Dayak, Iban Sarawak’ karya Harry kini di pasaran

Advertisement
 Regina menunjukkan buku ‘Dayak, Iban Sarawak’ karya terbaharu Harry.
TERBAHARU: Regina menunjukkan buku ‘Dayak, Iban Sarawak’ karya terbaharu Harry.

HASIL karya terbaharu penulis novel terkenal Iban, Harry Usup Umbar berjudul ‘Dayak, Iban Sarawak’ boleh didapati di pasaran seluruh negeri ini sejak 13 April lalu.

Buku dalam bahasa Iban itu mengandungi 250 muka surat dan berharga RM30 senaskhah.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan diskaun istimewa boleh menghubungi penulisnya sendiri melalui laman ‘Facebook’.

Bagi mereka di luar Sarawak buku itu boleh dibeli secara ‘online’ atau e-mel kepada [email protected],” kata Regina Rantai yang juga Pengurus Syarikat Sungai Teras yang menerbitkan buku tersebut di Sibu, baru-baru ini.

Katanya, buku itu memfokuskan tiga perkara seperti asal usul dan keturunan Dayak, Iban Sarawak sebenar, kaum Iban bukannya ‘Headhunters, Pirates or Trouble Makers’ dan Perjuangan Pahlawan Iban dan Dayak semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945, Darurat Malaya 1948-1963, Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966 dan Peperangan Komunis PARAKU

di Sarawak 1965-1990.   

Menurut Regina, buku berdasarkan kajian sejarah itu mendedahkan asal usul kaum Dayak khususnya kaum Iban Sarawak, Brunei dan Sabah. 

Dalam buku ini, Harry membetulkan fakta direkodkan oleh penulis kaum lain dan asing yang menyebut kaum Iban dibahagi kepada etnik seperti Iban Remun, Dau, Balau, Kumpang, Skrang, Batang Ai, Saribas, Kerian atau Batang Rajang (Kapit).

Fakta ini boleh mengelirukan kaum Iban sendiri dan tidak pasti: siapa kaum Iban sebenarnya? Buku ini menjawab soalan tersebut,” jelas Regina.

Katanya, mesej dalam perkara kedua mengupas anggapan salah sesetengah penulis asing bahawa kaum Iban adalah ‘Headhunters, Pirates, Trouble Makers’ dan ada yang menyebut ‘Rebels-Ason Rebellion’. 

Sebenarnya, kaum Iban terlibat dalam peperangan zaman dahulu untuk mempertahankan hak mereka seperti adat resam, keluarga, tempat kediaman dan tanah air mereka sendiri. Siapa pahlawan Iban sebenarnya?

Ada sebab tertentu mereka membalas dendam dan menyerang ‘Ngayau’ kaum lain seperti kaum Seru, Baketen, Beliun, Lusun, Lugat dan rakyat Kerajaan Sultan Brunei dan Kerajaan Rajah Brooke Sarawak.

Sejarah peperangan antara Mat Salleh dengan Kerajaan British NBCC di Sabah menunjukkan Iban sangat taat setia kepada pemimpin atau ketua kerajaan di tempat mereka tinggal,” katanya.

Menurutnya, ketiga disampaikan oleh Harry mengenai kehebatan perjuangan pahlawan Iban sebagai Iban Trackers/Sarawak Rangers, Border Scout 1948-1974. 

Pahlawan Iban membantu Kerajaan British semasa Darurat Malaya digelar ‘Bujang Malaya’ oleh saudara mereka di Sarawak. Mereka mendapat pujian dan pengiktirafan Sir Gerald Templer sebagai ‘World’s Best Team’. 

Semasa bertugas di Malaya, Sarawak Rangers 1953 diiktiraf sebagai ‘British Army-1st Elite Force South East Asia,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai sinopsis itu, beliau berkata semasa peperangan Konfrontasyen-Malaysia 1963-1966 Iban Trackers & Border Scouts tetap hebat mempertahankan tanah Sarawak bersama tentera British-Gurkha, Sedadu Australia/New Zealand, Police Field Force (PHH) dan Ranger Malaysia.

Di Sarawak, Iban Trackers & Sarawak Rangers pernah disebut Presiden Sukarno sebagai, ‘Military Iban came uninvited, now go all tenteraku lost his life – lot of divorced body and head. They were so fast that the human eyes cannot see’, katanya.      

Selepas perang Konfrontasi Indonesia-Malaysia, Iban Trackers/Sarawak Rangers masuk 1st Battalion Malaysian Rangers, Borders Scout, Field Force meneruskan perjuangan mereka melawan musuh negeri Sarawak iaitu gerila Persatuan Komunis Sarawak @ CCO (Clandestine Communist Organisation), North Kalimantan Communist Party (NKCP), PARAKU & PRGS.

Harry ketika dihubungi dan ditanya kenapa buku ini tidak ditulis dalam bahasa Melayu supaya semua rakyat Malaysia boleh membacanya, beliau berkata: “Sasaran atau klien utama buku ini adalah kaum Iban dan Dayak terutamanya generasi baharu yang belum mengenali kaumnya sendiri”.

Buku dalam bentuk novel sejarah ini hasil kajian dan pengalaman saya sendiri sebagai penulis sejak 2000 berpandukan pelbagai sumber rujukan sehingga bidang agama, kepercayaan dan Sains Spiritual,” jelasnya.

 Mesej kedua dalam buku ini mempamerkan perjuangan pahlawan Iban zaman  Jepun 1942 hingga ke zaman British Malaya 1957.
PAHLAWAN IBAN: Mesej kedua dalam buku ini mempamerkan perjuangan pahlawan Iban zaman Jepun 1942 hingga ke zaman British Malaya 1957.
 Sebahagian daripada sejarah                   perjuangan Pasukan Keselamatan Malaysia semasa perang gerila komunis Sarawak 1966-1990.
PERANG GERILA KOMUNIS: Sebahagian daripada sejarah perjuangan Pasukan Keselamatan Malaysia semasa perang gerila komunis Sarawak 1966-1990.
  • oleh
  • Advertisement