Anda di sini

Berita baik kepada ahli pasar raya besar Servay

Advertisement

KUCHING: Pasar raya besar Servay Kuching akan mengadakan promosi ‘Ahli Mendapatkan Ahli’ di mana pelanggan yang telah menjadi ahli digalakkan untuk mempelawa rakan-rakan atau saudara-mara untuk menyertai keahlian Servay.

Sebagai ganjaran, ahli akan mendapat baucar tunai Servay yang bernilai RM10 secara percuma.

Promosi ini akan dijalankan bermula 21 April hingga 7 Mei 2017.

Servay dalam kenyataannya memberitahu, promosi eksklusif ini diadakan di pasar raya besar Servay di Summer Mall, Kota Samarahan dan EG Mall, Jalan Simpang Tiga.

Kepada pelanggan yang telah menjadi ahli Servay, diingatkan untuk mempelawa sekali gus mempromosi rakan-rakan dan saudara-mara menyertai keahlian Servay dan memperoleh baucar secara percuma.

Selain itu, Servay turut mengadakan pelbagai promosi istimewa di semua bahagian khas untuk ahli-ahlinya.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan datanglah beramai-ramai ke pasar raya besar Servay.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai promosi yang Servay jalankan, boleh melayari laman Facebook di www.facebook.com/servay.shks dan www.servay.com.my.

Advertisement