Anda di sini

Tujuh cedera dalam dua letupan di selatan Filipina

Advertisement

MANILA: Tujuh cedera apabila dua letupan bom menggegarkan sebuah stesen petrol di bandar selatan Filipina berhampiran kawasan pemberontak, menurut pihak polis semalam.

Sejenis bahan letupan buatan sendiri dilontar malam semalam ke atas bumbung sebuah stesen minyak di bandar Tacurong di pulau Mindanao, yang dibelenggu keganasan pemisah berdekad-dekad.

Dua askar, tiga anggota polis dan dua orang awam cedera apabila letupan kedua menyusul beberapa minit kemudian ketika pasukan keselamatan hendak menutup kawasan tersebut, menurut jurucakap polis wilayah Su-perintenden Romeo Galgo.

Dua suspek ditangkap namun identiti mereka dan motif serangan masih disiasat, tambah Galgo.

“Kami tidak pasti sama ada kejadian ini perbuatan pengganas.

“Kami sedang melihat daripada segenap sudut kerana terdapat kumpulan ancaman di kawasan sekitar,” jelas Galgo, merujuk kepada pemberontak pemisah di wilayah Maguindanao.

Beberapa bandar berhampiran turut menjadi tempat persembunyian pemberontak komunis yang mendalangi keganasan paling lama di Asia dan insiden mungkin ada kaitan peras ugut, tambah Galgo.

Letupan berlaku di satu bahagian Mindanao yang diganggu keganasan pemisah dan jenayah yang tinggi.

Mindanao kampung halaman nenek moyang puak minoriti Islam di negara Filipina yang mempunyai kebanyakan Katolik.

Barisan Pembebasan Islam Moro, organisasi pemberontak terbesar, dalam rundingan damai dengan kerajaan namun kumpulan ekstremis lain juga kerap mengganas. — AFP

Advertisement