Anda di sini

Gadis diserang jerung maut

Advertisement

SYDNEY: Seorang gadis berusia 17 tahun telah meninggal dunia selepas digigit  oleh seekor ikan jerung dalam pemerhatian penuh ibu bapanya di pantai barat laut  Australia, menurut pihak berkuasa semalam.

Beliau sedang meluncur bersama dengan ayahnya berhampiran Wylie Bay pada lewat tengah hari kelmarin, menurut laporan.

Gadis tersebut telah kehilangan sebelah kakinya dan mengalami pendarahan teruk ketika beliau ditarik keluar dari air dan segera dihantar ke hospital  di pekan Esperance di Australia Barat.

Ibu beliau dan dua orang adik perempuannya telah menyaksikan serangan dari tepi pantai dan memaklumkan pihak perkhidmatan kecemasan.

“Ayah gadis tersebut yang berada tidak beberapa jauh dari situ pada masa serangan dan mendengar jeritannya sebelum beliau ditarik ke dalam air oleh ikan jerung,” lapor akhbar The West Australian.

“Apabila beliau timbul semula, ayahnya telah mendayung  mendekatinya dan mengheret beliau ke tepi pantai dengan bantuan seorang lagi remaja.”

“Ucapan takziah kepada keluarga dan teman-teman mangsa yang terlibat dalam tragedi pada hari ini,” anggota polis Esperance menyatakan dalam laman Twitter. “Keadaan yang menyedihkan.”

Pihak berkuasa tempatan mengumumkan pantai Wylie Bay telah dituduh sehingga makluman selanjutnya dan orang ramai diarahkan agar menjauhi kawasan air.

Seorang lelaki telah kehilangan lengan kiri dan tangan kanan dibaham dua jerung putih besar di Wylie Bay pada Oktober 2014.

Pada Mei-Jun lepas terdapat dua serangan maut ikan jerung di Australia Barat. — AFP

Advertisement