Anda di sini

PEKEDAI RUGI RM100,000

Advertisement

Kediaman Lee Chee Yung musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.

 Rumah Lee dijilat api dipercayai berpunca daripada litar pintas.
DIJILAT API: Rumah Lee dijilat api dipercayai berpunca daripada litar pintas.
 Lee Chee Yung
SEDIH: Lee Chee Yung

SIBU: Seorang pemilik kedai runcit kerugian kira-kira RM100,000 setelah kediamannya musnah dijilat api dalam kebakaran awal pagi semalam.

Kejadian malang dilaporkan sekitar jam 1 pagi semalam itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Mangsa, Lee Chee Yung berusia lingkungan 40-an mendakwa insiden kebakaran itu disedari anak perempuan sulungnya.

"Semasa hendak ke tandas, anak saya ternampak percikan api di bahagian siling bilik tidur adik perempuannya.

"Tersentak dengan kejadian itu, anak saya menjerit dan menyuruh kami semua keluar menyelamatkan diri," katanya di sini semalam.

Menurut Lee, sebelum kejadian dia dan isteri serta anaknya bersama dua cucu dan menantu menonton televisyen di ruang tamu.

"Memandangkan hari ini (semalam) tidak sekolah jadi kami tidur lewat sedikit. Manakala ibu dan adik lelaki saya tinggal di rumah bersebelahan.

"Walaupun terletak berasingan namun bahagian dapur kami dibina menggunakan kayu bersambung, sebab itu api merebak begitu pantas," katanya.

Lee berkata, selain dokumen penting, sebuah motosikal dan barang runcit jualannya turut musnah dalam kejadian itu.

Beliau menjalankan perniagaan runcit di kediamannya sejak beberapa tahun lalu selepas berhenti bekerja dengan sebuah syarikat membekalkan khidmat mencuci alat pendingin hawa.

Lee bersyukur semua ahli keluarganya terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Sementara itu, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyalamat Sibu bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Api berjaya dikawal sekitar jam 1.41 pagi dan dipadamkan sepenuhnya jam 2.51 pagi.

 Keadaan rumah mangsa yang musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran awal pagi semalam.
MUSNAH: Keadaan rumah mangsa yang musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran awal pagi semalam.
  • oleh
  • Advertisement